Selepas Tenggelam Ke Dasar $1.3000, GBP/USD Akan Terus Susut Lagi Minggu Ini?

243

Mengakhiri dagangan pada Jumaat lalu dengan prestasi suram, mata wang Pound dilihat terus menerima tekanan oleh pengukuhan US dolar sehingga ke penutup dagangan minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga kekal memaparkan corak bearish sepanjang minggu dengan dagangan kekal didominasi oleh US dolar walaupun raja mata wang tersebut tidaklah begitu mengukuh dengan ketara.

Namun situasi mungkin berbeza pada minggu dengan jangkaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan diramalkan meningkat lebih tinggi lagi.

Situasi peningkatan kadar yang tinggi tersebut akan terus mendorong Federal Reserve (Fed) untuk meningkatkan langkah pengetatan dasar monetari mereka.

Manakala, Pound akan memberi reaksi terhadap data pertumbuhan ekonomi UK pada sesi Eropah hari ini sebelum tumpuan akan terarah kepada laporan data pekerjaan UK pada Selasa.

Buat masa ini, pelabur masih menilai pergerakan harga pada carta GBP/USD kekal dalam trend bearish dengan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah menjadi rintangan pada cubaan kenaikan harga sepanjang minggu lalu.

Pelabur ingin melihat sama ada harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras 1.3000 setelah zon support tersebut diuji pada penghujung lalu ketika harga mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Zon tersebut telah berjaya menyokong kenaikan semula ketika penurunan harga berlaku pada dagangan Mac lalu.

Sekiranya zon tersebut ditembusi, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru lagi dengan sasaran menuju sekitar paras 1.29000.

Namun, jika harga membuat lonjakan melepasi halangan MA50 dan mula memberi isyarat untuk perubahan trend berlaku, rintangan awal pada 1.31000 akan menjadi tumpuan untuk diuji harga.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya akan kembali menuju semula ke zon rintangan pada 1.31700-1.32000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat