Selepas Terbitan Data Inflasi UK, GBP/JPY Kekal Menyusut Sehingga Awal Minggu Ini

271

Pasangan mata wang GBP/JPY yang dilihat gagal untuk meneruskan pengukuhan di pertengahan minggu lalu yang menyusut sehingga ke penutup sesi dagangan New York pada Jumaat.

Dilihat pelabur bakal meneliti terbitan data pembuatan dan perkhidmatan UK (PMI) pada Selasa bagi menilai prestasi semasa ekonomi UK yang semakin membimbangkan.

Selain itu, inflasi UK yang meningkat ke paras tertinggi terbaru sejak 40 tahun iaitu 10.1% pada bulan Julai akan mencetuskan jangkaan untuk Bank of England (BOE) akan menaikkan kadar faedah 50 mata asas lagi pada bulan September.

Pelabur yang menjangkakan BOE akan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak setengah mata peratus kepada 2.25% pada mesyuarat September, akan menjadi kenaikan kadar ketujuh berturut-turut dan mendorong kos pinjaman ke tahap tertinggi sejak 2008.

BOE menyampaikan kenaikan kadar 50 mata asas pada bulan Ogos buat kali pertama sejak 1995 dan mengunjurkan inflasi memuncak pada 13.3% pada Oktober dan negara memasuki kemelesetan pada suku keempat dan berlarutan selama lima suku.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY untuk minggu lalu, sesi dagangan pada awal minggu sehingga ke pertengahan minggu dilihat telah berjaya membuat lonjakan sekitar 350 pips sebelum terbatas di zon 163.500.

Pengukuhan tersebut dilihat gagal untuk diteruskan selepas terbitan data inflasi UK yang meningkat ke paras yang tertinggi sejak 40 tahun, lalu harga mula menyusut semula secara perlahan sehingga ke penutup sesi dagangan Jumaat.

Bersambung pada pembukaan sesi dagangan Asia di awal minggu ini, dilihat harga membuat sedikit peningkatan namun menyusut semula selepas pembukaan sesi Eropah apabila gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY.

Jika penurunan diteruskan, harga dijangka untuk susut sehingga ke zon 160.500 yang telah diuji pada awal minggu lepas yang dilihat berjaya melantunkan semula harga.

Sebaliknya jika berlaku peningkatan semula dan harga melepasi paras halangan MA50 serta zon 162.000, pelabur kembali positif untuk harga meningkat lebih tinggi semula selepas isyarat perubahan trend tersebut.

Harga yang meneruskan kenaikan bakal menguji semula zon rintangan pada 163.500 sebelum kenaikan yang lebih tinggi disasarkan pula pada ketinggian 164.500 dimana menjadikan zon tumpuan harga untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat