Selepas Terjunam Ke Bawah $30,000, Bitcoin Kembali Bangkit!

1,412

Buat kali pertama sejak Januari lalu, Bitcoin (BTC) mencatatkan penyusutan di bawah paras $30,000 pada malam tadi.

Bagaimanapun ketika penulisan, BTC kembali melonjak hampir 4% dalam 24 jam ke paras $33,878.

Segelintir penganalisis masih optimis dengan pergerakan Bitcoin walaupun raja matawang kripto itu menunjukkan pergerakan yang sangat tidak stabil kebelakangan ini.

COO pertukaran kripto OKCoin, Jason Lau menyifatkan penyusutan sementara di bawah $30,000 adalah normal memandangkan sudah berkali-kali paras itu diuji sebagai sokongan. Melainkan jika BTC terus tenggelam di bawah $30,000, aset itu wajar diberi perhatian dekat.

Apa-apa pun, lonjakan semula BTC turut menunjukkan aliran masuk yang positif di kebanyakan pertukaran kripto. Menurut CryptoQuant, aliran masuk BTC mencatatkan rekod tertinggi terbaru selepas kali terakhir dilihat pada Mac 2020 ketika harga BTC mencecah bawah $4,000.

Pada masa yang sama, lonjakan tersebut berlaku selepas calon Setiausaha Bahagian Keganasan dan Jenayah Kewangan Jabatan Perbendaharaan, Brian Nelson, memberi jaminan mengutamakan perlaksanaan peraturan baru matawang kripto, termasuk Akta Anti Penyelewengan Wang 2020 jika dia dilantik.

Jelasnya lagi, perundangan mewujudkan pihak berkuasa baharu atau menjelaskan undang-undang bahawa matawang kripto atau apa-apa jenis bentuk matawang, sama ada fiat atau maya dilindungi oleh Akta Kerahsiaan Bank.

Mungkin terlalu awal untuk menarik nafas lega dengan pergerakan positif BTC pada pagi ini. Seperti yang disampaikan oleh Bro Trader semalam, pasaran kripto kini di fasa ‘bearish’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat