Selepas USD Menggila, Data Ini Pula Jadi Tumpuan Pelabur!

869

US dolar meneruskan kenaikan lebih tinggi ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah berikutan jangkaan terhadap peningkatan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh.

Dengan jangkaan kenaikan 30 mata asas pada bulan Mac dan 120 mata secara keseluruhan menjelang akhir tahun ini, US dolar telah mendapat permintaan pelabur berbanding mata wang utama lain yang masih menanti langkah pengetatan seterusnya dari bank pusat mereka.

Pada awal sesi Eropah, US dolar menunjukkan pendakian ke paras tertinggi terbaharu hampir dua tahun, dengan indeks dolar diniagakan meningkat pada 97.35 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Sementara mata wang euro pula terus mencatatkan penyusutan ke paras terendah sejak Jun 2020. Pengukuhan US dolar menyebabkan euro gagal memanfaatkan bacaan data yang menunjukkan pengembangan memberangsangkan dalam ekonomi di Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Dagangan pound sterling pula terus diniagakan suram di tahap paling rendah empat minggu, membawanya jatuh ke bawah paras harga 1.3400 setelah mencatat kerugian lebih 1% pada minggu ini.

Pelabur kini menantikan mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) yang bakal berlangsung pada minggu depan (3 Februari), di mana pasaran mengharapkan kadar faedah akan dinaikkan sekali lagi sebagai langkah bank pusat mengekang lonjakan inflasi UK.

Sebelum itu, penerbitan data indeks perbelanjaan pengguna (PCE) AS yang menjadi petunjuk utama inflasi kepada Fed pada sesi New York malam ini akan dijadikan tumpuan pelabur seterusnya menjelang penutup dagangan hujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat