Semak Status Kewangan Anda Secara Percuma – Kini iMoney Dalam Bahasa Melayu.

628

Pada hari ini syarikat teknologi kewangan (fintech), iMoney melancarkan alat skor kredit, CreditScore iMoney dalam versi Bahasa Malaysia.

Dengan adanya aplikasi iMoney ini, pengguna boleh menyemak markah kredit atau credit score. Terkadang penolakan permohonan pinjaman oleh pihak adalah berkaitan dengan markah kredit. Justeru melalui iMoney, pengguna dengan mudahnya boleh menyemak credit score mereka dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris dan mengambil langkah sewajarnya dalam meningkatkan status kewangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney, Mitul Lakhani, berkata berdasarkan data iMoney, empat daripada 10 pengguna CreditScore iMoney memiliki skor penilaian rendah dan wajar berdepan kesukaran ketika mendapatkan pinjaman dan permohonan kad kredit.

Berdasarkan 5,774 pengguna iMoney, umur dalam kalangan 30-39 mencatat angka tertinggi bacaan markah kredit yang rendah.

Menerusi laman web iMoney, pengguna juga boleh melihat gambaran ringkas dan kedudukan kewangan pengguna secara percuma. Selain itu, turut terdapat tips tentang bagaimana pengguna boleh memperbaiki markah kredit dan berjimat.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat