Semakin Hangat, Trump-Jinping Berperang Mulut!

271

Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kian memuncak selepas Presiden AS, Donald Trump mengulangi pendiriannya bahawa China merupakan punca penyebaran wabak Covid-19 ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York semalam.

Beliau berterusan mendesak China agar bertanggungjawab terhadap penularan virus itu.

“Kita perlu menghukum negara yang menyebarkan penyakit ini ke seluruh dunia iaitu China. Ketika awal penularan virus itu, China menyekat aktiviti pelancongan domestik namun membenarkan pesawatnya meninggalkan China dan menjangkiti seluruh dunia.

“China mengecam sekatan perjalanan saya terhadap negara mereka, meskipun ketika mereka membatalkan penerbangan domestik dan mengenakan perintah berkurung di rumah,” ujar Trump menerusi ucapannya.

Trump sebelum ini sering mendakwa Beijing menyembunyikan fakta berkaitan virus tersebut dan Beijing boleh menghentikan penyebaran wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden China, Xi Jinping menegaskan Beijing tiada niat untuk mengadakan Perang Dingin dengan mana-mana negara.

“Kami akan terus merapatkan perbezaan dan menyelesaikan pertikaian dengan pihak terlibat menerusi dialog serta rundingan. Kami tidak akan melibatkan diri dalam sebarang pertikaian,” jelasnya.

Selain itu, Jinping juga membidas AS dengan menyatakan tiada negara mempunyai hak untk mendominasi hal ehwal global, mengawal takdir orang lain atau mengambil kesempatan dalam semua pembangunan untuk diri mereka sendiri.

Ketegangan antara kedua-dua negara berlaku ekoran beberapa isu yang tercetus termasuklah soal perdagangan, teknologi, layanan Beijing terhadap Hong Kong dan etnik Muslim Uighur di wilayah Xinjiang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat