Semakin Popular, Komuniti Dogecoin (DOGE) Mahu Adakan Festival Dogepalooza!

1,364

Percaya atau tidak, komuniti Dogecoin bercadang untuk mengadakan festival muzik yang bertemakan DOGE bagi meraikan kejayaan matawang kripto itu, yang bermula sebagai token meme kepada token yang digilai ramai.

Manakan tidak, DOGE merekod kejayaan melonjak lebih 13,000% dalam setahun, menunjukkan prestasi yang luar biasa kerana hype yang diterima.

Buat masa sekarang, festival Dogepalooza masih mencari penaja, sukarelawan dan vendors. Manakala tetamu jemputan setakat ini ialah pengasas Tesla Elon Musk, penyanyi rap Snoop Dog, dan pelabur jutawan Mark Cuban.

Musk menyifatkan cadangan itu, yang dijangka berlaku pada September sebagai idea menarik: ‘Sounds kinda fun’ dalam twit balas kepada pemilik akaun @itsALLrisky.

Pada masa yang sama, pertukaran kripto profesional, Coinbase Pro telah mengumumkan penyenaraian Dogecoin (DOGE) di platform tersebut.

Pengumuman itu dimuatnaik sendiri oleh Coinbase Pro menerusi ciapan di laman Twitter rasmi pada awal pagi tadi waktu tempatan.

Jelas pihak Coinbase lagi, urusan jual beli DOGE akan bermula pada 3 Jun, jam 9 pagi waktu Pasifik (3 Jun, 12 tengah malam waktu Malaysia).

Susulan daripada khabar tersebut, Dogecoin menunjukkan pergerakan harga yang positif, mencecah paras tertinggi harian, $0.37.

Bagaimanapun, ketika penulisan harga DOGE sedikit susut ke paras $0.365.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat