Semalam Negatif, Bagaimana Bursa Saham Hari Ini?

228

Bursa Malaysia menebus kembali kerugian yang dialami sebelumnya dan dibuka lebih kukuh pagi ini selepas saham AS melonjak untuk mencatatkan keuntungan semalaman yang tinggi.

Pada pukul 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.85 mata kepada 1,497.57 daripada 1,496.72 ketika ditutup semalam.

Bernama melaporkan, indeks utama melantun 5.50 mata kepada 1,502.22 pada pembukaan urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 409 berbalas 86, manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,335 tidak diniagakan dan 32 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 361.65 juta saham bernilai RM202.80 juta.

Keuntungan di pasaran petunjuk utama disumbangkan terutama oleh Top Glove yang mengukuh 11 sen kepada RM7.26, Hartalega meningkat 16 sen kepada RM13.16 dan Maxis menambah empat sen kepada RM5.08.

IHH, Sime Darby Plantation dan Sime Darby, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.38, RM5.51 dan RM2.33.

Peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.19 peratus kepada 2,504.18, Nikkei Jepun lebih tinggi 0.76 peratus kepada 23,207.30 dan Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan mengukuh 0.67 peratus kepada 2,391.70.

Saham paling untung didahului oleh MPI yang menokok 50 sen kepada RM17.38, Kossan meningkat 24 sen kepada RM11.20, Bursa lebih tinggi 18 sen kepada RM8.61, UWC menambah 17 sen kepada to RM6.18.

Dalam kalangan saham paling cergas, Asian Pac naik 2.5 sen kepada 15 sen, Destini memperoleh keuntungan kecil setengah sen kepada 33.5 sen, XOX naik satu sen kepada 21 sen, Gets Global meningkat 10 sen pada RM1.03 sementara Konsortium Transnasional menambah dua sen kepada 16.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 23.61 mata kepada 10,749.49 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 54.44 mata kepada 12,626.48.

FBM 70 pula naik 76.34 mata kepada 13,781.54, Indeks FBMT 100 meningkat 19.12 mata pada 10,555.93 dan FBM ACE menokok 84.05 mata kepada 10,334.11.

Mengikut sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan meningkat 36.83 mata kepada 3.454.77, Indeks Perladangan menambah 13.00 mata kepada 7.049.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan perindustrian mengukuh 0.16 mata kepada 135.89.

Indeks Perkhidmatan Kewangan, bagaimanapun, merosot 22.17 mata kepada 12,658.05.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat