Sementara Tunggu Mesyuarat ECB, Boleh Profit Ke Kalau ‘BUY’ EUR/USD?

1,137

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam telah melonjak ke paras ketinggian terbaru pada sesi Eropah namun harga kembali membuat penurunan semula pada sesi New York.

Sentimen pasaran agak bercampur untuk memberikan gambaran lebih jelas pergerakan harga. Ini adalah disebabkan laporan perkembangan yang baik dalam usaha penghasilan vaksin Coronavirus. Di samping itu, pasaran saham juga pamerkan peningkatan yang memberikan kecenderungan sentimen positif pasaran.

Namun terdapat risiko yang masih membelenggu kebimbangan pelabur untuk lebih agresif berikutan faktor kes jangkitan Coronavirus yang masih lagi tinggi dan juga ketegangan hubungan dagang dan politik yang berlarutan antara AS dan China.

Menjadi acara tumpuan utama pada hari ini adalah mesyuarat polisi monetari European Central Bank (ECB) di sesi Eropah untuk penetapan kadar faedah dan berkemungkinan petunjuk terhadap perkembangan dana pemulihan rangsangan ekonomi Eropah yang akan membuatkan pelabur berhati-hati untuk dagangan Euro.

Sementara itu, kewaspadaan pelabur telah mendorong penurunan semula harga pada carta EUR/USD disebabkan sentimen risk-off memberi kelebihan pada matawang safe-haven US dolar.

Carta EUR/USD dilihat kembali berlegar semula di kawasan harga 1.14000 selepas kenaikan semalam mencecah paras 1.14500.

Awal sesi Eropah melihatkan turun ke paras tersebut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta EUR/USD yang juga berada di zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah akan dijangka menuju paras tumpuan 1.13000 sebelum zon RBS sekitar 1.12600 akan diperhatikan pelabur.

Namun jika harga kekal meneruskan siri kenaikan sejak awal minggu, paras ketinggian pada 1.14900 dilihat sebagai destinasi tumpuan untuk harga menguji zon resistance tersebut.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat