Sempat Menyentuh Puncak $1820, Emas Kembali Tenggelam

1,221

Logam kuning emas kembali berundur setelah gagal mengekalkan pengukuhannya sebaik sahaja menyentuh paras tertinggi terbaharu pada sesi sebelum ini.

Emas telah didagangkan lebih tinggi sejak November kerana kebimbangan mengenai varian coronavirus Omicron dan ketidakpastian mengenai keberkesanan dasar untuk memerangi inflasi yang melanda pasaran meningkatkan daya tarikannya sebagai safe-haven dan lindung nilai inflasi.

Ini secara tidak langsung mendorong pelabur meningkatkan pembelian bon kerajaan sehingga memacu hasil lebih rendah. US dolar yang lebih lemah pula telah memberikan sedikit sokongan untuk logam berharga emas meningkat.

Bagaimanapun, US dolar meraih sedikit sokongan pada hari Selasa, meletakkan tekanan ke atas emas dan aset berisiko lain meskipun hasil bon terus melemah.

Dagangan emas yang pada mulanya berjaya menyentuh paras harga $1,820 per auns, kembali jatuh lebih rendah untuk didagangkan di sekitar $1,805 per auns pada sesi Asia hari ini.

Secara keseluruhannya, emas masih dilihat kukuh dengan mempertahankan kedudukannya di atas harga $1,800. Namun, pelabur perlu berhati-hati berikutan faktor volatiliti harga yang tinggi menjelang penutup dagangan tahun 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat