Semua Anda Perlu Tahu Potensi Rundingan Brexit & Kesannya Kepada GBP

74

Dalam surat yang dihantar kepada Presiden European Council (EC) Donald Tusk, Theresa May menegaskan UK hanya meninggalkan Kesatuan Eropah tetapi tidak meninggalkan Eropah dan UK komited untuk terus bersama rakan-rakannya di seluruh Eropah.

Beliau menerima bahawa ada kesan jika meninggalkan EU dan mengesahkan UK tidak akan meminta keahlian dari Pasaran Tunggal.

Terdapat juga komen bahawa UK dan EU akan mendapat faedah dari kelancaran proses rundingan dan akan membantu mengurangkan halangan-halangan yang tidak perlu jika prinsip ini dipersetujui pada awal proses.

Menurut kerajaan, UK mahu perjanjian perdagangan bebas yang kukuh dan bercita-cita tinggi dengan skop yang luas berbanding perjanjian sebelum ini.

UK mahu merundingkan perjanjian baru bersama perjanjian Brexit, di mana EU menegaskan perjanjian Brexit harus diselesaikan terlabih dahulu sebelum perjanjian yang lain dibuat. Ini dilihat sebagai satu perbezaan pendapat yang berkemungkinan merumitkan perjanjian.

Secara umumnya, kerajaan UK akan mengelak dari perkara yang menyukarkan rundingan khususnya dari segi pendirian rundingan yang akan mengurangkan ketegangan sepanjang proses ini. Pasaran pula akan terus memerhatikan perkembangan proses rundingan dan akan mengubah haluan pergerakan pasaran jika terdapat ketegangan yang memuncak antara UK dan EU.

Aspek yang paling penting ketika ini adalah sikap UK dan syarikat luar. Jika terdapat bukti kemasukan pelaburan dan pelaburan yang semakin kukuh dalam syarikat domestik, ia akan meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi UK. Ia sekaligus akan menyokong kepada permintaan aset pelaburan di UK termasuk matawang GBP.

Namun, jika terdapat bukti pelaburan domestik semakin lemah dan syarikat-syarikat mengalihkan pelaburan ke Eropah, ia akan menekan aset pelaburan di UK termasuk matawang GBP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat