Semua ‘Cashless’, Perompak Bank Tak Boleh Cari Makan Di Denmark

362
  • Penggunaan kad dan pembayaran online meningkat
  • Bank kurangkan perkhidmatan tunai di kebanyakan cawangan
  • Hanya satu rompakan bank pada 2021

Gaya hidup ‘cashless’ tanpa dijangka telah memberi manfaat buat Denmark yang menyaksikan kes rompakan bank di negara itu jatuh kepada sifar pada 2022.

Finans Danmark melaporkan jumlah rompakan menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan peralihan ke arah transaksi dalam talian menyebabkan kebanyakan bank mengurangkan perkhidmatan tunai.

Keseluruhannya, hanya kira-kira 20 cawangan bank di seluruh negara mempunyai pegangan tunai, menurut Finans Danmark.

Menariknya, pada tahun 2021 Denmark hanya mencatatkan satu rompakan bank, menurun daripada 222 kes pada 2000.

Sementara itu, data dari bank pusat mendedahkan penggunaan kad dan aplikasi pembayaran pada telefon pintar yang meningkat telah mendorong pengeluaran tunai menurun kira-kira tiga perempat dalam tempoh enam tahun lepas.

Apabila wang tunai hilang dari bank, perompak mula menyasarkan ATM.

Namun, serangan sedemikian juga menurun kepada sifar susulan pengawasan dan perlindungan teknikal yang lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat