Semua Event Penting Yang Anda Harus Beri Perhatian Sepanjang Minggu Ini (08-12 Mei 2017)

98

Setelah teka-teki mengenai Presiden Perancis dijawab minggu lepas, apa pula event penting yang bakal mempengaruhi sesi dagangan minggu ini?

1.Data inventori minyak mentah AS – 10 Mei 2017  (Rabu, 10.30pm)

Data inventori minyak mentah AS menurun sebanyak 0.9 juta tong minggu lepas. Namun begitu, pasaran ini dijangka kekal berhati-hati memandangkan jumlah pengeluaran minyak mentah di AS yang semakin meningkat.

2.Keputusan Kadar New Zealand – 11 Mei 2017 (Khamis, 5.00am)

Reserve Bank of New Zealand dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada 1.7 peratus di dalam mesyuarat kali ini memandangkan inflasi yang kekal berada pada tahap yang agak rendah walaupun data pekerjaan semakin meningkat. Isu yang dijangka menjadi tumpuan ialah persoalan mengenai exchange rate. Adakah Gabenor RBNK, Wheeler akan mengulas mengenai penurunan mendadak matawang kiwi baru-baru ini?

  1. Ucapan Bill Dudley – 11 Mei 2017 (Khamis, 6.25pm)

Presiden Fed New York yang dianggap mempunyai kepentingan ketiga di dalam organisasi Fed dijangka akan menyampaikan ucapan. Terkenal dengan komen dovish, Dudley mengejutkan pasaran dengan komen yang agak agresif pada Mac sebelum ini. Adakah beliau masih berpuas hati dengan data-data ekonomi yang dikeluarkan baru-baru ini?

  1. Keputusan Kadar UK – 11 Mei 2017 (Khamis, 7.00pm)

Pertemuan kali ini dianggap amat penting kerana bank akan mengumumkan laporan inflasi suku tahunan disamping melakukan semakan dasar yang dinilai sebagai peluang untuk merangka dasar monetari yang baru. BoE dijangka akan mengambil langkah berhati-hati di dalam mesyuarat kali ini berikutan pertumbuhan gaji yang dilaporkan agak perlahan. Bagaimanapun, lonjakan sterling sejak akhir-akhir ini melegakan tekanan inflasi.

  1. Data PPI AS – 11 Mei 2017 (Khamis, 8.30pm)

Data ini merosot sebanyak 0.1 peratus pada bulan Mac dan dijangka akan kembali melonjak sebanyak 0.2 peratus bagi bulan April. Core PPI tidak mencatat sebarang perubahan dan diramal bakal meningkat melebihi 0.2 peratus.

  1. Data Tuntutan Pengangguran AS – 11 Mei 2017 (Khamis, 8.30pm)

Data ini dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan minggu lepas. Justeru, pasaran minggu menjangkakan kenaikan kecil sebanyak 245,000 pekerjaan.

  1. Data KDNK Jerman – 12 Mei 2017 (Jumaat, 2.00pm)

Ekonomi terbesar di dalam Zon Euro ini mencatat pertumbuhan yang agak lemah pada suku keempat tahun 2016. Justeru, pasaran menjangkakan pecutan sehingga 0.6 peratus buat masa ini.

  1. Data Jualan Runcit AS – 12 Mei 2017 (Jumaat, 8.30pm)

Data ini melaporkan bacaan yang agak mengecewakan sebanyak 0.2 peratus pada bulan Mac Justeru, pasaran menjangkakan agar jualan runcit mencecah paras 0.6 peratus di dalam laporan kali ini.

Logam Ini Masih Berlegar di Paras Terendah Dalam Tempoh 7 Minggu!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat