Semua Event Penting Yang Berlaku Dalam Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (19-23 Feb)

734

US dolar berjaya mengukuh pada minggu lalu dengan minit mesyuarat FOMC menunjukkan keyakinan terhadap pengetatan polisi tahun ini. Minit mesyuarat tersebut yakin dengan ekonomi Amerika Syarikat dan inflasi yang dijangka akan naik menuju sasaran 2%.

Apa yang menambah kenaikan US dolar pada minggu lalu adalah kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat terutama ’10-yr treasury yields’ yang mencapai paras tertinggi 4 tahun lalu. Dengan hasil bon yang tinggi, secara teorinya ia akan menarik pelabur-pelabur luar daripada AS untuk melabur ke pasaran bon AS, sekaligus meningkatkan permintaan US dolar. Keadaan pasaran juga dilihat semakin baik dengan pasaran saham Wallstreet meneruskan pemulihan selepas kejatuhan yang agak teruk 3 minggu lalu.

Dengan sentimen pasaran yang beransur pulih terutamanya dalam pasaran saham, permintaan aset safe-haven juga semakin berkurangan. Emas, Yen dan Swissy agak tertekan sepanjang minggu lalu.

Untuk matawang Euro khususnya pair EUR/USD ia telah membentuk beberapa ‘reversal pattern‘ di time frame Daily dan Weekly. Persoalannya sekarang adakah, pair ini akan meneruskan kenaikan berdasarkan tren kenaikan tahun lalu? Buat masa ini, belum ada ‘pemangkin’ yang mampu menyokong kenaikan Euro dengan bacaan inflasi Zon-Eropah pada minggu lalu mencatatkan bacaan mendatar. Fokus matawang Euro minggu ini akan terarah kepada dua undian penting di Eropah iaitu pilihanraya Itali dan hasil keputusan undian parti SPD di Jerman.

Untuk matawang GBP pula, fokus minggu ini adalah kepada ucapan perdana menteri UK Theresa May. Matawang GBP agak tertekan pada minggu lalu apabila data kadar pengangguran naik pertama kali kepada 4.4% sejak tahun lalu.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

12-16 Feb 19-23 Feb
Eur/Usd-naik 320 pip Eur/Usd – jatuh 175 pip
Usd/Jpy– jatuh 334 pip Usd/Jpy – 181 pip volatile
Gbp/Usd– naik 349 pip Gbp/Usd – 193 pip sideway
Usd/Chf- jatuh 219 pip Usd/Chf – naik 147 pip
Usd/Cad– volatile 199 pip Usd/Cad – volatile 230 pip
Aud/Usd–naik 215 pip Aud/Usd – jatuh 145 pip
Nzd/Usd– naik 205 pip Nzd/Usd – jatuh 139 pip

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Sentimen ekonomi ZEW Jerman (Selasa)

Berdasarkan kajian terhadap pelabur institusi dan penganalisis di Jerman, sentimen terhadap ekonomi adalah memberangsangkan dengan bacaan indeks lebih daripada jangkaan iaitu 17.8 melebihi 16 yang diramalkan.

  • Indeks harga GDT New Zealand (Selasa)

Ini adalah data yang menunjukkan perubahan harga produk tenusu yang penting kepada ekonomi New Zealand. Bacaan jauh merosot daripada bacaan sebelum ini di mana bacaan jatuh dari kenaikan 5.9% dan susut -0.5%. Ia sedikit sebanyak melemahkan NZD minggu lalu.

  • PMI Zon-Eropah (Rabu)

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IHS Markit, komposit PMI sektor pembuatan bagi zon eropah jatuh kepada bacaan 58.5 pada bulan ini. Bacaan ini tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 59.2.

  • Pekerjaan UK (Rabu)

Pejabat Statistik melaporkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.4% daripada 4.3% sebelum ini. Data ‘Claimant Count‘ (tuntutan faedah pengangguran) jatuh sebanyak 7,200 pada Januari berbanding tambahan 6,200 sebelum ini.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji meningkat 2.5% sejajar dengan jangkaan pasaran yang mana tidak berubah daripada bacaan sebelum ini.

Menurut pakar daripada Universiti Liverpool, Professor Costa Milas berkata, “Kadar pengangguran mungkin akan difikirkan semula oleh ahli bank pusat. Mungkin mereka mahu melihat penurunan semula pengangguran beberapa bulan akan datang sebelum menaikkan kadar faedah pada Mei 2018.”

  • Minit mesyuarat FOMC (Khamis)

Minit mesyuarat The Fed menunjukkan jangkaan yang lebih kukuh terhadap pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah. Majoriti ahli jawatankuasa FOMC atau ahli The Fed melihat keperluan untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur.

Kadar faedah Fed seakan pasti dinaikkan pada Mac, dan minit mesyuarat juga menunjukkan seakan terdapat naik-taraf terhadap jangkaan ekonomi di masa hadapan. Jadi ini menyebabkan pasaran menjangka kenaikan kadar faedah Fed sebanyak empat kali pada tahun ini berbanding unjuran Fed pada Disember sebanyak tiga kali kenaikan kadar faedah.

  • Data GDP UK (Khamis)

Bacaan kedua pertumbuhan ekonomi UK hanya meningkat 0.4% kurang daripada jangkaan 0.5% dan bacaan sebelum ini yang turut mencatat kenaikan 0.5%. Ada 3 versi laporan pertumbuhan ekonomi UK, Preliminary (pertama), Secons estimate (kedua), dan final (ketiga).

  • Jualan runcit Kanada (Khamis)

Dolar Kanada melemah dengan drastik selepas data ini dikeluarkan pada Khamis lalu dengan bacaan jualan runcit yang jauh meleset daripada jangkaan pasaran. Jualan runcit merosot -0.8% berbanding bacaan sebelum ini yang naik 0.3%.

  • Jualan runcit New Zealand (Jumaat)

Jualan runcit New Zealand naik melebihi jangkaan pasaran dan jauh melebihi bacaan sebelum ini. Namun, matawang NZD dilihat sukar membuat kenaikan pada Jumaat lalu.

  • Data inflasi Zon-Eropah (Jumaat)

Bacaan inflasi Zon-Eropah hanya merekodkan bacaan 1.3% sejajar dengan jangkaan dan data sebelum ini. Dengan bacaan yang mendatar, ia sukar untuk menyokong kenaikan matawang Euro secara berterusan baut masa ini.

  • Data inflasi CPI Kanada (Jumaat)

Inflasi Kanada naik tinggi melebihi jangkaan dan bacaan sebelum ini. 0.7% kenaikan CPI dicatatkan berbanding jangkaan 0.4% dan kejatuhan 0,4% sebelum ini. Ia sekaligus telah melonjakkan matawang CAD pada Jumaat di mana sentimen untuk CAD adalah positif buat masa ini dengan bacaan inflasi yang memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat