Semua Faktor Penggerak Matawang AUD Sepanjang Minggu Ini (9-13 Julai)

318

Selepas merekodkan kejatuhan lima minggu berturut-turut, Aussie akhirnya mencatat prestasi positif sebelum penutupan pasaran minggu ini. Aussie ketika ini adalah matawang kedua paling banyak merekodkan kenaikan di belakang US dollar.

Dengan pengukuhan berterusan US dollar ketika ini, Aussie dijangka kekal berada pada tangga kedua.

Seperti biasa, matawang Aussie lebih banyak digerakkan oleh faktor sentimen pasaran khususnya isu perdagangan antara Amerika-China.

Bukan itu sahaja, matawang Aussie juga ternyata banyak terkesan dengan pergerakan harga komoditi global dan juga faktor kenaikan matawang US dollar itu sendiri.

Matawang AUD tertekan pada Selasa selepas laporan bahawa Amerika Syarikat akan menambah tariff terhadap $200 billion produk import daripada China. Hal ini telah menyebabkan matawang AUD jatuh sehingga hari Rabu dan kemudiannya pulih semula pada Khamis.

China juga dilihat tidak banyak memberi respon yang keras kepada Amerika Syarikat dan menjadikan pasaran beransur pulih. Terdapat juga laporan tentang potensi untuk Amerika Syarikat memulakan semula rundingan dengan China seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Pasaran pulih secara keseluruhan pada Khamis dan Jumaat dengan indeks saham global merekodkan peningkatan. Wallstreet merekodkan bacaan tertinggi pada Rabu dan Khamis sekaligus memberi kesan positif kepada pasaran Asia dan Eropah.

Walaubagaimanapun, AUD melemah sejak awal sesi Eropah hari Jumaat berikutan momentum pengukuhan US dollar yang berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat