Semua News Besar Penggerak Matawang US Dollar Sepanjang Minggu Ini

527

Matawang US dollar meneruskan kenaikannya pada Jumaat sehingga menjadi matawang paling kuat setakat ini. Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain membuat kenaikan sepanjang lima hari dagangan minggu ini.

US dollar memulakan dagangan minggu ini dengan membuat penurunan pada Isnin khususnya dalam sesi awal dagangan. Hal ini berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (NFP) yang merekodkan bacaan yang tidak memberangsangkan pada Jumaat lepas.

Namun, US dollar membuat pemulihan pada lewat dagangan Isnin selepas jatuh ke paras terendah hampir 4 minggu yang lalu. Antara yang menyokong kepada pemulihan US dollar adalah kejatuhan Sterling (GBP) yang disebabkan ketidaktentuan politik di Britain.

Pemulihan US dollar berterusan sehingga Selasa dengan sentimen pasaran dilihat baik apabila Wallstreet merekodkan kenaikan pada Isnin.

Matawang Yen dan CHF melonjak pada awal pagi Rabu dengan matawang berkadar faedah tinggi seperti AUD tertekan selepas Amerika Syarikat dilaporkan akan mengenakan tariff terhadap $200 billion import daripada China. US dollar pula cuba meneruskan pemulihan selepas berita ini tersebar kerana statusnya sebagai salah satu daripada matawang safe-haven.

US dollar didagangkan mendatar pada Khamis berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan sentimen pasaran pulih daripada berita tariff $200 billion terhadap China.

Greenback didagangkan positif pada hari Jumaat dengan komen-komen positif dan hawkish daripada ahli-ahli bank pusat pada Khamis. Secara keseluruhan, US dollar pada minggu ini banyak mendapat manfaat daripada konflik perdagangan yang seterusnya memberi kesan positif kepada matawang safe-haven. Selain daripada Yen dan CHF, US dollar juga adalah salah satu daripada matawang safe-haven.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat