Semua News Besar Yang Menggerakkan Matawang AUD (2-6 Julai)

341

Matawang Aussie sekali lagi didagangkan negatif pada minggu ini selepas merekodkan kejatuhan pada minggu lalu. Jika matawang AUD tidak membuat sebarang kenaikan pada baki dagangan hari Jumaat, Aussie akan merekodkan kejatuhan untuk minggu kelima berturut-turut.

Berdasarkan pergerakan kesemua pasangan matawang AUD, jelas dilihat faktor sentimen pasaran memainkan peranan utama dalam pergerakannya.

Matawang AUD memulakan dagangan pada hari Isnin dengan membuat junaman. Matawang berkadar faedah tinggi Kiwi dan Aussie menjadi matawang paling lemah berikutan kedua-dua matawang itu juga tertekan disebabkan kejatuhan harga komoditi. Harga komoditi secara keseluruhan tertekan berikutan pengukuhan US dollar, kerana kebanyakan komoditi di dunia dinilai dalam US dollar.

Kejatuhan US dollar pada Selasa memberi manfaat kepada permintaan terhadap komoditi sekaligus telah menyokong matawang komoditi seperti AUD.

Tindakan China yang menghalang syarikat Micron Technology daripada menjual produk chip di China telah menekan AUD pada lewat dagangan Selasa. Hal ini dibimbangi oleh pasaran sebagai bibit-bibit awal perang perdagangan kedua-dua negara. Selepas daripada itu, Amerika Syarikat juga telah menghalang syarikat telefon bimbit China daripada menawarkan perkhidmatan dalam pasaran telekomunikasi negara itu.

Selepas daripada itu, pasangan matawang AUD didagangkan sideways sehingga Jumaat dengan pasaran masih meneliti perkembangan isu perdagangan selepas Amerika mengenakan tariff kepada China secara rasmi hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat