Semua Sentimen Yang Menggerakkan Matawang Euro Minggu Ini

524

Matawang Euro didagangkan bercampur-campur sepanjang minggu ini tetapi masih merekodkan kenaikan secara keseluruhan. Ketika ini matawang tunggal Euro berada di landasan betul untuk merekodkan kenaikan keempat minggu berturut-turut.

Pergerakan pasangan matawang Euro adalah tidak sejajar kerana faktor penggerak banyak datang daripada pasangannya. Oleh itu, jika dibandingkan kesemua pair Euro, sememangnya menunjukkan pergerakan yang agak serabut.

Walaubagaimanapun, faktor penggerak atau pemangkin daripada Eropah tetap wujud dengan ada beberapa tempoh di mana pasangan matawang Euro bergerak sejajar.

Contohnya, matawang Euro melemah secara keseluruhan apabila beberapa data ekonomi Zon-Eropah merekodkan bacaan kurang memberangsangkan pada sesi London hari Selasa.

Euro menguat pada sesi US hari Rabu selepas Reuters melaporkan terdapat ahli ECB yang memberi isyarat kenaikan kadar faedah seawal Julai 2019. Terdapat juga ahli ECB yang tidak senang dengan komen Presiden ECB Mario Draghi yang memberikan komen terlalu dovish.

Sekali lagi matawang Euro melemah secara keseluruhan pada sesi Eropah hari Khamis selepas minit mesyuarat ECB dikeluarkan. Secara keseluruhan, minit tersebut adalah dovish dan menunjukkan kadar faedah tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.

Selepas daripada itu, Euro terus didagangkan bercampur-campur pada hari Jumaat dengan tiada pemangkin baru yang menggerakan pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat