Semua Yang Anda Mesti Tahu Dalam Pasaran Forex Sepanjang Minggu Lalu (04 – 08 Dis)

85

US dolar meneruskan pengukuhan minggu lalu yang jelas dilihat dalam indeks US dolar. Indeks US dolar yang mengukur pengukuhan matawang greenback berbanding enam matawang lain merekod kenaikan dua minggu berturut-turut. Pemangkin utama kenaikan US dolar sepanjang minggu lalu tidak lain tidak bukan adalah reformasi cukai yang kini semakin meyakinkan pelabur bahawa rang undang-undang ini akan diluluskan sebelum Krismas.

Data NFP bercampur-campur minggu lalu di mana tambahan pekerjaan positif tetapi bacaan kadar gaji meleset daripada jangkaan. Walaupun dengan data gaji yang kurang daripada jangkaan, kenaikan 0.2% itu masih baik walaupun jangkaan pasaran adalah 0.3%. Ia juga dilihat tidak akan menghentikan Fed daripada menaikkan kadar faedahnya pada Khamis ini.

Selain itu, antara event (peristiwa) besar dalam pasaran minggu lalu adalah rundingan Brexit. Akhirnya Britain dan Kesatuan Eropah (EU) memeterai perjanjian fasa pertama yang termasuk pembayaran Brexit dan juga sempadan Ireland.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

27 Nov – 01 Dis 04 – 08 Dis
Eur/Usd- volatile 152 pip Eur/Usd – jatuh 160 pip
Usd/Jpy– volatile 204 pip Usd/Jpy –  naik 160 pip
Gbp/Usd– naik 346 pip Gbp/Usd – sideway 220 pip
Usd/Chf- jatuh 147 pip Usd/Chf – naik 196 pip
Usd/Cad– jatuh 229 pip Usd/Cad – naik 259 pip
Aud/Usd– volatile 94 pip Aud/Usd – jatuh 154 pip
Nzd/Usd– volatile 129 pip Nzd/Usd – jatuh 95 pip

 

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat ulasan keseluruhan data-data dan event ekonomi sepanjang minggu lalu.

  • Data Jualan Runcit & Akaun Semasa Australia (Selasa)

Jualan runcit meningkat 0.5% pada bulan Oktober daripada bulan sebelumnya. Pertumbuhan ini merupakan pertumbuhan paling kukuh sejak Mei lalu dan mengatasi jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.3%. Selepas kajian semula, jualan bulan September mencatat peningkatan 0.1%.

Akaun semasa juga menunjukkan data yang positif apabila defisit akaun semasa jatuh sebanyak $539juta kepada $9,125 juta pada suku tahun ketiga 2017. Defisit pendapatan utama jatuh $1,044juta kepada $11,968juta. Baki perkhidmatan dan barang mencatat lebihan/surplus sebanyak $3,056 juta pada suku tahun ketiga.

  • Data Sektor Perkhidmatan UK (Selasa)

PMI sektor perkhidmatan jatuh kepada 53.8 daripada 55.6 yang dicatat pada Oktober. Jangkaan untuk data kali ini adalah 55.0. Kumpulan penyelidikan IHS Markit melaporkan bahawa bacaan pada November menunjukkan harga meningkat ke paras tertinggi sejak Februari 2008.

  • Pertumbuhan Ekonomi Australia (Rabu)

Gross domestic product (gdp) mencatat pertumbuhan 0.6% pada suku tahun ketiga. Namun bacaan ini sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan sebanyak 0.7% dan lebih rendah daripada pertumbuhan suku tahun kedua yang mencatat bacaan 0.9%. Berdasarkan kiraan tahunan, gdp Australia meningkat kepada 2.8%, sedikit rendah berbanding jangkaan yang mensasarkan pertumbuhan tahunan gdp pada 3%.

  • Data Imbangan Dagangan Kanada (Selasa)

Defisit dagangan (trade deficit) Kanada jatuh ke paras terendah lima bulan lalu kepada C$1.17 billion dari C$3.36 billion pada September seperti yang dilaporkan pada Selasa. Jangkaan untuk data kali ini adalah defisit sebanyak C$2.70 billion.

  • Data Sektor Perkhidmatan A.S. (Selasa)

Aktiviti sektor perkhidmatan U.S. jatuh lebih daripada jangkaan pada November yang mengurangkan sedikit keyakinan kepada ekonomi Amerika Syarikat. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh ISM (Institute of Supply Management) indeks perkhidmatan U.S. jatuh kepada 57.4 berbanding 60.1 yang dicatat pada Oktober. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 59.0.

  • Data ADP-NFP (Rabu)

Firma swasta di Amerika Syarikat menambah 190,000 pekerja baru pada November sedikit di atas jangkaan pasaran, seperti yang dilaporkan ADP pada Rabu. Jangkaan untuk data kali ini adalah penambahan 189,000 pekerjaan baru ke dalam sektor swasta. Oktober mencatat tambahan yang lebih tinggi dengan 235,000.

  • Penetapan polisi Bank of Canada (Rabu)

Dengan kadar faedah lebih tinggi adalah perlu di masa akan datang, Governing Council akan terus berhati-hati, dipandu oleh data-data ekonomi akan datang dalam menilai sensitiviti ekonomi terhadap kadar faedah, evolusi kapasiti ekonomi dan dinamika pertumbuhan gaji serta inflasi.

  • Data Imbangan Dagangan Australia (Khamis)

Lebihan imbangan dagangan Australian mengecil kepada AUD 105 juta pada bulan Oktober daripada bulan September yang mencatat lebihan AUD 1604 juta.

  • Data Pertumbuhan Ekonomi Jepun (Jumaat)

Ekonomi Jepun berkembang 2 kali lebih pantas daripada jangkaan penganalisis pada suku tahun ketiga berikutan peningkatan yang tinggi dalam perbelanjaan modal dan pertumbuhan eksport. Perbelanjaan modal merupakan salah satu komponen gross domestic product (gdp) yang mencatat pertumbuhan sebanyak 1.1% berbanding suku tahun sebelumnya. Penganalisis hanya sekadar mensasarkan pertumbuhan pada 0.4%.

  • Data Pekerjaan A.S. NFP (Jumaat)

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat yang terbaru menunjukkan lebih banyak pekerjaan yang bertambah ke dalam ekonomi pada November. Kadar pengangguran tidak berubah dan kekal di paras terbaik 4.1%. Manakala data gaji meningkat kurang daripada jangkaan pasaran.

Average hourly earnings pula hanya meningkat 0.2% kurang daripada jangkaan 0.3%, tetapi melebihi bacaan sebelum ini yang tidak berubah pada Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat