Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tumpuan Pasaran Kepada Jepun

71

Inflasi teras Jepun meningkat pada Ogos dengan pengeluaran industri juga naik melebihi jangkaan. Selain itu, permintaan buruh kekal di paras tertinggi sejak 40 tahun lalu yang menggambarkan momentum kukuh ekonomi ketiga terbesar dunia ini.

Data-data hari ini menaikkan semula keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi walaupun dengan Perdana Menteri Shinzo Abe yang memanggil pilihanraya mengejut yang dijangka meningkatkan ketidaktentuan politik Jepun.

Harga pengguna teras (core-cpi) yang tidak termasuk harga makanan, naik 0.7% sejajar dengan jangkaan pasaran. Ini merupakan kenaikan ke-lapan berturut-turut di mana pada Julai merekod kenaikan 0.5%.

“Harga naik beransur-ansur. Eksport semakin menyokong pengeluaran dan permintaan domestik tidaklah begitu buruk,” kata Hidenobu Tokuda, penganalisis ekonomi di Mizuho Research Institute.

“Selagi Abe mengekalkan tampuk pemerintahan, kita akan melihat kesinambungan polisi beliau, namun ia akan bergantung kepada keputusan pilihanraya nanti.”

Pengeluaran industri juga meningkat lebih banyak daripada jangkaan iaitu 2.1% pada Ogos berbanding sebelum ini di mana kilang-kilang pembuatan mengeluarkan lebih banyak barangan.

Faktor politik ketika ini menambah ketidaktentuan terhadap pertumbuhan ekonomi di masa hadapan dengan inflasi masih jauh dari sasaran bank pusat.

Abe pada Khamis membubarkan kerajaan dan memanggil untuk menjalankan pilihanraya mengejut pada 22 oktober.

Dari segi polisi monetari Jepun pula menunjukkan kesukaran BoJ untuk mencapai sasaran inflasi 2%. Ekonomi Jepun berkembang pada kadar 2.5% pada suku kedua berikutan kenaikan perbelanjaan pengguna dan syarikat. Namun, harga dan gaji masih lagi lemah dari segi kenaikan. Hal ini menyebabkan BoJ melanjutkan lagi tempoh untuk mencapai sasaran inflasi menjadi lebih lama.

“Saya tidak pesimistik dengan penggunaan (consumption),” kata Hiroshi Miyazaki, penganalisis ekonomi di Mitsubishi UFJ.

“Pasaran buruh begitu ketat dan pendapatan boleh guna semakin meningkat. Perbelanjaan pengguna dilihat boleh kekal kukuh.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat