Senat AS Sekat Usaha Biden Untuk Naikkan Gaji Minimum!

454

Ketika Dewan Perwakilan AS dijadualkan untuk mengundi pakej rangsangan $1.9 trilion hari ini, anggota parlimen Senat memutuskan bahawa dewan itu tidak boleh memasukkan upah minimum $15 per jam seperti yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden dalam rancangan bantuan tersebut.

Ahli parlimen Senat, Elizabeth MacDonough mendapati bahawa peruntukan gaji tidak mempunyai kesan fiskal yang mempengaruhi ekonomi untuk memenuhi syarat penyesuaian bajet.

Walaupun begitu, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi pula mengatakan gaji minimum $15 akan tetap dimasukkan dalam rang undang-undang yang akan diundi oleh Dewan pada hari ini.

Sementara itu, menurut jurucakap White House Jen Psaki, Biden ternyata kecewa dengan keputusan Senat. Bagaimanapun, beliau akan berusaha untuk bekerjasama dengan para pemimpin di Kongres bagi menjayakan usaha ini.

Demokrat berharap dapat memasukkan klausa mengenai kenaikan gaji minimum dalam rang undang-undang tersebut untuk membantu mengurangkan impak ekonomi dan memberi bayaran lebih baik kepada pekerja yang selama ini telah berkhidmat dengan gaji yang rendah.

Pemimpin Majoriti Senat Demokrat Chuck Schumer memberitahu bahawa mereka tidak akan melepaskan perjuangan untuk meningkatkan gaji minimum kepada $15 bagi membantu berjuta-juta pekerja Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat