Senat AS Tolak Pakej Rangsangan Trump, Usaha Tangani COVID-19 Terbantut

601

Pakej rangsangan ekonomi bernilai bertrillion dolar yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump pada minggu lepas, tidak diluluskan di peringkat Senat berikutan gagal meraih undi daripada Demokrat dan lima ahli Republik yang tidak hadir disebabkan dikuarantin akibat COVID-19.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam para pemimpin Demokrat memberi amaran bahawa rang undang-undang tersebut adalah tidak sesuai bagi mereka kerana ia dilihat lebih menfokuskan untuk menyelamatkan perniagaan daripada membantu pekerja.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell kemudiannya mengkritik tindakan Demokrat yang mengundi untuk menentang rang undang-undang tersebut dan menggesa supaya mereka membantu untuk mencapai persetujuan bagi membantu rakyat Amerika berdepan krisis ini.

Parti Republik Senat, pada minggu lepas telah melancarkan cadangan rangsangan yang bernilai $ 1 trilion, dalam usaha untuk melindungi ekonomi yang terkesan akibat coronavirus. Setakat ini, lebih daripada 30,000 dan 400 kematian telah dilaporkan di Amerika Syarikat.

Rang undang-undang yang diumumkan itu turut melibatkan pinjaman kepada perniagaan kecil, pembayaran langsung untuk individu dan berbilion bantuan ke atas industri seperti syarikat penerbangan yang perniagaannya terjejas teruk disebabkan pelaksanaan sekatan perjalanan di beberapa negara seluruh dunia.

Bagaimanapun, perbincangan mengenainya masih diteruskan apabila Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Pemimpin Senat Demokrat Schumer dilaporkan telah bertemu lagi.

Hari ini, Senat AS sekali lagi akan mengundi untuk meluluskan pakej bantuan ekonomi dengan harapan supaya persetujuan dapat dicapai bersama dengan Demokrat, memandangkan hampir semua sektor termasuk hospital telah memberi amaran bahawa mereka memerlukan lebih banyak sumber untuk menangani krisis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat