Senator A.S Mahu Perkenalkan Rang Undang-Undang Kripto Baharu Pada Tahun Hadapan!

425

Pada bulan lalu pasaran kripto kecoh seketika apabila timbul isu bahawa rang undang-undang bipartisan yang bernilai $1.2 trilion bukan sahaja menfokuskan kepada pemulihan infrastruktur awam, tetapi turut melibatkan peningkatan undang-undang terhadap perniagaan matawang kripto dan broker wajib melaporkan cukai kripto dan keperluan lain berkaitannya.

Misalnya transaksi kripto yang bernilai lebih $10,000 perlu dilaporkan kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dengan kemukakan borang 1099-B. Prosedur ini mendedahkan keuntungan ‘tersembunyi’ pelabur melalui aktiviti pelaburan yang lebih telus dan diawasi oleh pihak berkuasa. Antara yang menjadi tulang belakang merealisasikan perkara ini ialah Senator Cynthia Lummis.

Kemudian timbul lagi bunyi-bunyi pada pertengahan bulan Disember segelintir Senator A.S. melancarkan serangan ke atas aset kripto yang ‘ditambat’ kepada US dolar dalam pengumuman terbaru mereka untuk mengekang pertumbuhan industri kripto. Walaupun begitu, Cynthia lebih megambil pandangan yang lebih lembut terhadap kripto.

Senator Republikan Wyoming Cynthia Lummis telah mencipta nama untuk dirinya dalam komuniti aset kripto kerana pendiriannya yang menggalakkan mengenai perkara itu. Kini,terapat laporan bahawa beliau sedang berusaha untuk memperkenalkan rang undang-undang komprehensif kripto pada tahun hadapan.

Senator Cynthia Lummis yang turut merupakan Bitcoin HODLer dilaporkan akan memperkenalkan bil aset kripto pada tahun hadapan. Di mana ia akan merangkumi kesemuanya, meliputi perlindungan pengguna sehinggalah bagaimana cara kripto dikenakan cukai dan dikategorikan.

Tujuan utama rang undang-undang adalah untuk menyediakan panduan pengawal selia yang jelas dan ringkas tentang aset yang tergolong dalam pelbagai kelas aset, untuk mengawal selia stablecoin dan untuk melindungi pengguna.

Selain itu, rang undang-undang itu juga akan menatijahkan penciptaan organisasi baharu yang akan berada di bawah bidang kuasa bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS dan Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi.

Walau bagaimanapun, Bloomberg melaporkan bahawa rang undang-undang yang dicadangkan itu mungkin akan berhadapan dengan cabaran di Senat kerana kebanyakkan mereka memiliki pandangan yang lebih keras terhadap aset kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat