Seni Bina Lisk (LSK) Mempunyai Masa Depan Yang Baik!

102

Lisk merupakan platform aplikasi blockchain yang bertujuan untuk mewujudkan masa depan yang boleh diakses, dimana semua orang boleh mendapat manfaat daripada teknologi yang tidak berpusat.

Lisk membolehkan pemaju membina aplikasi serta menggunakan side-chain yang dikaitkan dengan rangkaian Lisk yang merangkumi custom token.

ICO Lisk dilancarkan pada 24 Mei 2016 oleh Max Kordek dan Oliver Beddows, dibina melalui JavaScript dan TypeScript. Produk utamanya ialah Teras (core), SDK, Desktop dan Mobile.

Uniknya, Lisk adalah rangkaian yang tidak berpusat, sama seperti BitShares, Nxt atau Bitcoin. Namun, Lisk tidak menggunakan proof-of-work seperti Bitcoin dan sebaliknya menggunakan pelaksanaan algoritma konsensus asal BitShares yang dikenali sebagai delegated proof-of-stake.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan harga LSK/USDT.

Pada Bull Season yang lalu, LSK dapat menunjukkan rekod pasaran yang baik dengan menghasilkan lonjakan lebih 900% mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $11.50 pada 7 Mei 2021.

Pada pembukaan pasaran bulan Jun, pergerakan harga dilihat bergerak secara lemah sehingga menyusut ke paras sokongan sekitar $1.8 yang menjadi perhatian para pelabur.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga kini telah berjaya melepasi zon SBR (support become resistance) sekitar $2.2-$2.4 dimana menunjukkan isyarat positif untuk membuat kenaikan.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga dapat melepasi paras rintangan $2.7, tumpuan seterusnya bakal menuju ke zon SBR sekitar $3.0 untuk diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga LSK kembali menunjukkan trend penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon sokongan sekitar $1.8 samada membuat ‘rebound’ atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah di catatkan sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto LSK/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat