Sentimen: 3 Faktor Melemahkan US Dolar Sejak Dua Hari Lalu

74
  • Pasaran Forex

Dolar stabil berbanding matawang utama lain selepas sedikit menyusut pada pasaran yang lalu. Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback naik 0.03% kepada 93.34 pada jam 1 petang.

Antara faktor yang melemahkan dolar sejak dua hari lalu adalah:

  1. Spekulasi Gabenor Fed, Jerome Powell akan menggantikan Janet Yellen sebagai pengerusi Fed selepas penggal beliau tamat pada Februari. Powell dilihat sebagai salah seorang ahli Fed yang bernada kurang hawkish, sekaligus akan memberi kesan kepada jangkaan kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan.
  2. Hasil bon 10-tahun US jatuh daripada paras tertinggi
  3. Pengukuhan pound dan euro dengan laporan data perkhidmatan UK dan zon eropah meningkat diluar jangkaan.

Walau bagaimanapun, dolar secara keseluruhannya masih kukuh dengan indeks (DYX) kekal di atas 93.00, paras tertinggi sejak 22 Ogos. Selain itu para pelabur juga dilihat masih optimis terhadap ekonomi US dengan saham Wall Street meneruskan rekod penutupan tertinggi sepanjang minggu ini.

Yen masih tidak menunjukkan sebarang pergerakan yang signifikan memandangkan tiada sokongan fundemental yang menyokong pengukuhan atau melemahkan matawang Jepun. Fokus yen tertumpu kepada paras-paras teknikal dan juga pilihan raya yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti.

  • Pasaran Bon

Hasil-bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya jatuh pada sesi yang lalu. Berikut adalah penutupan hasil bon US:

US-10Y Yield : -0.39%
US-5Y Yield : -0.49%
US-30Y Yield : -0.23%

  • Komoditi

Harga emas disokong oleh permintaan fizikal emas yang meningkat di India dan juga kelemahan dolar sejak dua hari lalu. Emas naik $1.21 atau 0.09% kepada $1,278.01 per auns.

Pasaran minyak mentah masih ditekan dengan kebimbangan para pelabur terhadap peningkatan eksport minyak WTI Amerika yang menganggu kestabilan bekalan minyak global. Antara faktor yang mendorong peningkatan eksport adalah perbezaan harga yang tinggi antara minyak Brent dan WTI dimana minyak WTI jauh lebih murah menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah US semakin meningkat.

Minyak mentah WTI: -0.12%
Minyak Brent: +0.02%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat