Sentimen Akhir Minggu Yang Trader Perlu Tahu

869

Sentimen pasaran terus positif menuju dagangan penghujung minggu dengan memperlihatkan matawang komoditi menokok lebih tinggi di tengah-tengah kelemahan US dolar.

Presiden Donald Trump memberitahu pada hari Khamis bahawa beliau akan meninggalkan White House sekiranya Dewan Pemilihan mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya baru-baru ini.

Kenyataan beliau sedikit sebanyak telah memberi kelegaan tambahan buat pasaran, walaupun Trump berulangkali mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya tersebut.

Dolar greenback didagangkan stabil pada 91.91 berbanding sekumpulan matawang utama ketika pembukaan sesi Eropah.

Dolar Aussie melanjutkan kenaikan lebih tinggi menuju ke paras harga 0.74000, menghampiri paras tertinggi 2 bulan walaupun selepas China mengumumkan penguatkuasaan duti anti-lambakan ke atas wain yang diimport dari Australia.

Sentimen positif pasaran turut mendorong dagangan dolar kiwi untuk terus mengukuhkan kedudukan dengan meningkat lebih tinggi di tahap tertinggi sejak Jun 2018. Sementara dolar Kanada pula terus menguat susulan pengukuhan harga minyak mentah.

Matawang euro pula terus mengekalkan momentum pengukuhan di tengah-tengah ketidakpastian mengenai krisis pandemik yang berterusan di Eropah. Jumlah kes di Jerman kini telah mencecah angka 1 juta, diikuti dengan beberapa sekatan baru dilaksanakan untuk menghentikan penularan.

Sementara itu, matawang pound berdepan ketidakpastian baru dalam Brexit, di mana Kesatuan Eropah (EU) dan UK masih berjauhan dalam tiga isu utama.

Bagaimanapun, berita mengenai ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier yang akan ke London untuk meneruskan rundingan perdagangan terus menyokong pengukuhan matawang pound pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat