Sentimen Beransur Pulih Dengan Pengurangan Tariff Import Oleh China

332

China akan mengurangkan cukai import terhadap produk automobil dan juga alat ganti kereta, kata Kementerian Kewangan China pada Selasa. Ini adalah usaha kerajaan China untuk membuka akses yang lebih besar di dalam pasaran automotifnya sekaligus semakin meredakan ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Cukai import itu akan dipotong kepada 15% dari 25% sebelum ini bermula pada 1 Julai. Kementerian berkata, ini adalah usaha untuk membuka pasaran automobil negara itu.

Tariff kenderaan yang begitu tinggi di China berbanding 2.5% levi di Amerika Syarikat telah menjadi fokus utama pentadbiran Presiden Trump.

Trump sebelum ini mengatakan bahawa tariff 25% adalah satu perdagangan yang bodoh dan juga telah mengkritik beberapa polisi perdagangan China yang dilihat banyak merugikan Amerika Syarikat.

Perkembangan baru pemotongan cukai import oleh China dilihat semakin meredakan ‘perang perdagangan’ antara AS-China selepas rundingan pusingan kedua berakhir pada minggu lalu. AS dan China bersetuju untuk melanjutkan rundingan untuk melonjakkan eksport Amerika Syarikat ke China.

Perkembangan terbaru sedikit sebanyak memperbaiki sentimen pasaran ketika ini.

Walaubagaimanapun, US dollar ketika ini melemah disebabkan pengkuhan matawang Euro pada pukul 3 petang tadi selepas berita bahawa Kesatuan Eropah mahu memulakan rundingan perdagangan bebas dengan Australia dan New Zealand.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat