Sentimen Berisiko Menekan Harga Pada USD/JPY Untuk Mulakan Penurunan

391

Sentimen pasaran pada minggu ini masih kekal dipandu oleh isu Brexit yang semakin hangat dengan ketidaktentuan yang kembali membuatkan pelabur berwaspada dalam pasaran.

Selain itu juga, pelabur masih menantikan perkembangan terbaru laporan berkenaan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China selepas perjanjian fasa satu baru-baru ini.

Terdapat kebimbangan berikutan perjanjian fasa satu yang belum ditandatangani secara rasmi akan membuka peluang untuk salah satu pihak membatalkannya.

Namun begitu, kenyataan bernada optimis oleh Presiden AS Donald Trump baru-baru ini yang melihat keyakinan terhadap kesepakatan rundingan masih membuatkan pelabur berasa sedikit lega.

Penasihat perdagangan Trump, Kelly Ann Shaw dilaporkan akan meninggalkan pentadbiran untuk kembali berkhidmat di sektor swasta turut menimbulkan ketidakpastian rundingan dagang yang akan datang.

Secara teknikal, dilihat pergerakan harga bagi carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga mula menunjukkan corak awal penurunan harga.

Setelah harga menguji zon SBR (support become resistance) pada sekitar 108.700 semalam dan gagal menembusi ke paras lebih tinggi, harga kembali bergerak turun dengan kadar yang perlahan.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga yang bergerak lebih rendah di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) kemudiannya telah membuat penurunan menuju ke paras 108.200 yang berada pada zon RBS (resistance become support) yang terdekat.

Jika harga terus bergerak lebih rendah melepasi garisan trendline semasa pada USD/JPY, penurunan harga dijangka akan menuju paras lebih rendah ke 107.900 sebelum turun lebih rendah menguji zon RBS pada 107.400.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras SBR 108.700 bakal diuji sebelum harga menuju ke paras ketinggian semasa pada resistance 108.900.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat