Sentimen Berisiko Pasaran Akan Menekan Dagangan AUD/USD Lebih Rendah

516

Matawang komoditi khususnya dolar Australia dan dolar New Zealand diniagakan menyusut pada penghujung minggu lalu.

Penyusutan dijangka akan berterusan pada minggu ini berikutan sentimen pasaran dilihat lebih cenderung ke arah berisiko.

Sentimen pasaran risk-off dipengaruhi oleh ketegangan di antara dua ekonomi gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China. Pentadbiran Trump dilaporkan menyekat bekalan cip kepada Huawei Technologies dan susulan itu, China pula akan menyenarai hitamkan syarikat dari Amerika seperti Apple, Qualcomm dan Cisco.

Matawang dolar Aussie juga turut berisiko ekoran ketegangan hubungan dagang bersama China selepas Australia menyokong siasatan terhadap China berkenaan punca wabak Coronavirus tercetus.

Dagangan pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga telah mempamerkan penurunan pada penghujung minggu lalu hampir ke paras support 0.64000.

Namun pada permulaan dagangan minggu ini, harga menunjukkan kenaikan seawal sesi Asia bermula mencapai paras ketinggian pada 0.64500.

Kenaikan harga gagal diteruskan sebelum harga mula menunjukkan penurunan pada penghujung sesi dan bersambung pada sesi pasaran Eropah.

Penurunan lebih rendah di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan memberi isyarat awal penurunan pada carta AUD/USD.

Penurunan dijangka akan menguji semula paras support minggu lalu sebelum menuju paras support lebih rendah sekitar 0.063800.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi semula, harga yang melepasi zon SBR (support become resistance) pada 0.64500 akan menuju pula zon SBR pada ketinggian sekitar 0.65100.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat