Sentimen Berisiko Pasaran Benamkan AUD/USD

383

Mata wang komoditi didagangkan susut pada sesi Asia hari ini susulan pasaran masih memberi reaksi yang berwaspada selepas sentimen risk-off pasaran di awal minggu susulan laporan Presiden Turki, Tayyip Erdogan telah memecat gabenor bank pusat.

US dolar walau bagaimanapun dilihat gagal untuk mengekalkan pengukuhan ekoran penyusutan semula hasil bon Amerika Syarikat (AS) dari paras tertinggi 14 bulan yang dicapai sebelum ini.

Mata wang dolar Australia dilihat ketara menyusut sepanjang sesi Asia hari ini sehingga dagangan bersambung di awal sesi Eropah.

Tekanan terhadap dolar Aussie juga berkemungkinan didorong oleh faktor sekatan ke atas pegawai China oleh AS, Kanada, UK dan Eropah berhubung isu penindasan hak asasi manusia komuniti Muslim Uighur.

Dapat dilihat harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga gagal melepasi paras 0.77500 sebelum bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Penurunan harga menuju ke paras 0.76700 untuk menguji zon sokongan tersebut dengan jangkaan harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan yang diteruskan dijangka akan ke paras sekitar 0.75700 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan Februari lalu.

Sekiranya harga kembali paparkan kenaikan semula, pelabur akan memberi perhatian terhadap reaksi harga pada zon tumpuan sebelum ini sekitar 0.77500 dan juga rintangan 0.78300.

Penurunan dijangkakan akan ke paras lebih rendah jika US dolar kembali mengukuh semula dan menambahkan tekanan terhadap dagangan dolar Aussie.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat