Sentimen Berisiko Pasaran Dijangka Kekal Benamkan AUD/USD

365

Sentimen pasaran yang dinilai berisiko terus memberi tekanan terhadap mata wang komoditi seperti dolar Australia yang terus bergerak lemah berbanding US dolar dalam pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat telah menjunam pada dagangan awal minggu sehingga ke zon support 0.71000 selepas menyambung corak penurunan pada minggu sebelumnya.

Namun selepas mencecah zon tersebut pada dagangan Isnin lalu, harga melantun semula sekitar 80 pips ke paras rintangan 0.71800 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Dagangan Selasa semalam juga menyaksikan harga menguji zon SBR tersebut namun masih gagal untuk melepasinya dan mula memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish selepas berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Pelabur berkemungkinan waspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi nanti bagi menentukan arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Harga yang menyambung dagangan pada hari ini (Rabu) masih perlahan sejak pasaran sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan harga dijangkakan untuk terus menguji rintangan 0.71800 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi pada trend bullish.

Sasaran bagi kenaikan harga seterusnya dilihat akan ke zon 0.72300 dan 0.72800 sebelum harga menguji zon ketinggian 0.73100.

Jika penurunan harga terus berlaku, zon support 0.71000 akan kembali diuji dan berkemungkinan akan ditembusi sekiranya nilai US dolar kekal melonjak.

Penurunan di bawah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu dengan sasaran seterusnya untuk menuju zon support 0.70000 yang dicecah pada awal Disember tahun lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat