Sentimen Berwaspada Sementara Pasaran Menantikan Tindakan Lanjut Daripada China Ke Atas AS

0 413

Matawang dolar USD meningkat ke paras tertinggi sejak Mei berbanding safe-haven yen sebelum kembali menyusut untuk diniagakan mendatar pada dagangan penghujung minggu sesi Asia dengan kekurangan petunjuk baru mengenai isu-isu yang menjadi penggerak pasaran.

Pengukuhan dolar USD juga masih disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat yang menunjukkan bacaan pertumbuhan GDP meningkat pada suku ketiga berbeza daripada indikator lain yang mempamerkan penurunan dalam aktiviti global.

Pergerakan pasaran kekal berwaspada sementara menantikan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh China berhubung tindakan Presiden AS Donald Trump yang meluluskan undang-undang Hong Kong.

China telah mengeluarkan kenyataan dengan mengancam akan mengenakan tindak balas yang tegas kepada AS, namun ia masih tidak jelas tentang apa yang akan dilakukan oleh negara itu dan bagaimana ia akan menjejaskan rundingan dagang AS-China.

Sementara itu, pound diniagakan mendatar selepas meningkat ke paras tertinggi dalam dagangan minggu ini dengan keyakinan untuk Perdana Menteri UK Boris Johnson memenangi pilihan raya pada 12 Disember semakin meningkat.

Matawang euro diniagakan mengukuh berbanding dolar USD walaupun data inflasi Jerman menunjukkan pembacaan yang kurang memberangsangkan.

Anggaran awal menunjukkan indeks harga pengguna Jerman dijangka stabil pada 1.1% dari tahun ke tahun November 2019, yang merupakan paras terendah sejak Februari 2018 dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.3%.

Dolar Australia stabil berbanding yen menjelang mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada Selasa ini, pasaran tidak menjangkakan RBA akan mengurangkan kadar faedah ke paras terendah pada 0.5%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.