Sentimen Brexit Dan Mesyuarat BOE Bakal Kocakkan GBP/USD

402

Dagangan Pound Sterling pamer prestasi positif pada minggu ini dengan peningkatan nilai diteruskan sehingga penghujung minggu.

Pelabur masih meletakkan harapan terhadap rundingan Brexit walaupun pada waktu ini persetujuan masih lagi belum dicapai berikutan halangan pada isu perikanan.

Dalam pada itu juga, pelabur harus berwaspada untuk kemungkinan pergerakan besar harga berlaku impak daripada keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada jam 8 malam nanti.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam telah mempamerkan kenaikan lebih 100 pips ke paras ketinggian terbaru mencapai 1.35500 sekaligus merekodkan paras tertinggi sejak Mei 2018.

Namun harga kembali membuat penurunan hampir 100 pips semula pada dagangan di sesi New York.

Sesi Asia pada Khamis kembali melihatkan harga menyambung kenaikan semula  menuju paras ketinggian harga yang dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi harga akan dijangkakan sehingga ke paras sekitar 1.36000.

Namun jika keputusan mesyuarat BOE bernada dovish dan memberikan tekanan terhadap Pound, harga boleh menjunam semula di bawah paras 1.35000.

Penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan memberikan petunjuk trend bearish.

Zon harga 1.34000 dan juga 1.33000 akan menjadi paras sokongan ketika penurunan harga yang diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat