Sentimen Brexit Masih Lagi Membayangi Pasaran Hari Ini

567

Matawang AS Dolar dilihat menaik lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain pada sesi dagangan hari ini manakala Pound Sterling menurun sedikit dalam sentimen pasaran yang kurang baik.

Suasana pasaran kekal lemah daripada sesi dagangan Asia hari ini atas faktor kebimbangan pelabur terhadap isu penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang dilihat bakal memberi kesan kepada ekonomi. Sementara itu, pelabur masih menunggu lebih banyak petunjuk dari Federal Reserve setelah beberapa ahli FED memberi kenyataan berhati-hati terhadap dasar monetari mereka.

Perniagaan-perniagaan di A.S. menunjukkan kurang optimis dalam beberapa bulan kebelakangan ini sekaligus menyokong cadangan Pengerusi FED Jerome Powell untuk terus bersabar dalam fasa kenaikan kadar faedah.

Beralih kepada Yen pula, Yen mendapat permintaan oleh para pelabur dalam keadaan kegoyahan pasaran sebagai tempat yang selamat untuk melabur atas faktor sifat safe-haven. Manakala Euro pula diniagakan merosot hari ini kerana kebimbangan berterusan mengenai ekonomi zon Eropah. Kelemahan ini disokong oleh kemelesetan yang melanda di Jerman pada separuh tahun kedua 2018.

Dalam perkembangan di Britain pula, Pound didagangkan sedikit melemah hari ini kerana masih terdapat ketidakpastian dalam urusan Brexit. Semalam, Perdana Menteri Theresa May terselamat dari undian tidak percaya dan sekarang beliau akan berbincang bersama pemimpin parti lain untuk memecahkan kebuntuan dalam perjanjian Brexit setelah cadangannya ditolak oleh Parlimen pada awal pagi Rabu waktu Malaysia. Beliau bakal menyampaikan cadangan lain (pelan B) pada Isnin ini dan pasaran menjangkakan akan berlaku lanjutan Artikel 50 sehingga penyelesaian yang lebih baik dijumpai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat