Sentimen Brexit Masih Parah – Mampukah Pound Kekalkan Pengukuhan Minggu Ini?

310

Seperti mana yang dipamerkan pada pergerakan pasaran minggu lalu, dagangan Pound Sterling telah melonjak kukuh ekoran komen positif Canselor Jerman, Angela Merkel berhubung respon untuk mencari jalan penyelesaian Brexit.

Dalam ketibaan di persidangan G7 hujung minggu lalu, Presiden Majlis Eropah Donald Tusk mengatakan bahawa beliau terbuka untuk kerjasama dalam isu Brexit.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan apa yang beliau tidak akan berunding adalah berkenaan Brexit tanpa perjanjian (no-deal).

Perdana Menteri UK Boris Johnson memberi respon balas terhadap kenyataan Tusk, jika Kesatuan Eropah tidak mahukan Brexit tanpa ikatan, sekatan di sempadan harus dihapuskan.

Sementara itu, media juga melaporkan PM Johnson telah bertanyakan kepada peguam negara tentang penutupan Parlimen selama lima minggu untuk menghalang ahli parlimen mendesak lanjutan tarikh akhir Brexit.

Kedua-dua pihak iaitu United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) mahukan perjanjian. Brussels bersedia untuk mendengar cadangan alternatif UK yang bersesuaian dengan perjanjian pengunduran dan tiada sekatan sempadan di Ireland.

PM Boris Johnson tidak dibenarkan menarik balik posisi rundingan sebelum ini di mana UK ditetapkan untuk berundur dari EU pada 31 Oktober nanti jika kesepakatan tidak berjaya dicapai. Jika perkara tersebut berlaku, ini akan membebankan Parti Konservatif.

Ramai pihak mengharapkan risiko terhadap situasi no-deal Brexit berjaya dilenyapkan. Undian tidak-yakin (no confidence vote) terhadap PM Johnson bakal diadakan pada September. Ini meningkatkan risiko pilihanraya umum lebih awal berkemungkinan sebelum tarikh 31 Oktober.

Namun begitu, dagangan Pound Sterling masih lagi dilihat berjaya mengekalkan pergerakan harga dalam pasaran selepas lonjakan ketara pada minggu lalu. Tetapi, dengan petunjuk yang kurang jelas terhadap penyelesaian Brexit, kekal membuatkan dagangan GBP berada dalam kelompok yang berisiko.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat