Sentimen Brexit Menjadi Penggerak Utama Pasaran Hari Ini

714

Selepas kejatuhan mendadak tengah malam semalam. Pound Sterling kembali menguat pada hari ini setelah ahli Parlimen Britain menolak perjanjian Brexit Theresa May secara besar-besaran. Theresa May hanya mendapat 202 persetujuan manakala 432 tidak bersetuju sekaligus merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah United Kingdom. Ini bermakna Theresa May kalah dengan perbezaan undian sebanyak 230 undian yang tidak bersetuju terhadap pelan perjanjian Brexit beliau. Kekalahan ini dilihat akan memaksa Britain untuk mencari pilihan lain yang boleh membawa kepada hasil yang positif.

Menurut Yukio Ishizuki, ahli strategi matawang di Daiwa Securities, pasaran sekarang menjangkakan tarikh akhir Brexit pada Mac akan dilanjutkan dan mungkin akan menghasilkan dua senario samaada Brexit tanpa sebarang perjanjian ataupun tiada Brexit sama sekali.

Sementara itu, matawang Euro terus diniagakan merosot hari ini atas faktor kebimbangan mengenai prospek ekonomi zon Eropah yang memberi impak negatif kepada matawang tersebut. Tambahan lagi, data daripada Jerman menunjukkan ekonomi negara itu sedang berada dalam kemelesetan untuk separuh tahun 2018. Bukan itu sahaja, ucapan yang kurang baik dari Mario Draghi juga menekan Euro untuk menyentuh paras yang rendah sesi dagangan hari ini. Beliau mengatakan bahawa ekonomi zon Eropah lebih lemah daripada jangkaan.

Beralih kepada matawang yang menjadi kegemaran ramai iaitu Dolar AS, yang masih kekal untuk lemah. Terbaru, wakil perdagangan A.S Robert Lightizer menegaskan bahawa beliau tidak melihat sebarang kemajuan yang dibuat ke atas isu struktur semasa dalam perbincangan A.S dan China. Di samping itu, jangkaan yang semakin berkurang terhadap kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve pada tahun ini masih menjadi sebab untuk melemahkan nilai USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat