Sentimen: Dolar US VS Euro, Adakah Euro Akan Mula Melakukan Reversal?

71
  • Pasaran Forex

Dolar Amerika Syarikat secara keseluruhannya mengukuh berbanding matawang utama yang lain dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang yang lain, mengekalkan peningkatan selama tiga minggu berturut-turut. Indeks US dolar tutup di paras 92.91, paras tertinggi yang berjaya di capai pada bulan yang lalu.

Berikut adalah tiga faktor utama yang mengukuhkan dolar US sepanjang bulan September:

  1. Jangkaan kadar faedah Fed dinaikkan pada akhir tahun ini semakin meningkat dengan sokongan data-data ekonomi serta pandangan setiap wakil Federal Reserve yang kebanyakkannya menyokong pengetatan polisi
  2. Fed akan mengecilkan pegangan bon yang bernilai $4.5 trillion secara beransur-ansur bermula bulan Oktober
  3. Pelan reformasi cukai Trump diumumkan pada minggu terakhir bulan September

Di zon Eropah pula, Euro turut jatuh selama tiga minggu berturut-turut kesan daripada pengukuhan dolar serta ketidaktentuan politik di Jerman dan kini mendapat sedikit tekanan daripada risiko politik di Sepanyol.

Namun EUR/USD dilihat mendapat permintaan yang tinggi pada paras harga $1.1735/25 apabila pasaran mula mengalih perhatian mereka kepada ucapan presiden bank pusat Eropah (ECB), Mario Draghi minggu ini dengan jangkaan ECB akan mula mengurangkan pembelian bon tidak lama lagi, sekali gus memulihkan sedikit sentimen matawang Euro, meningkatkan permintaan dalam saham ekuiti eropah dan hasil bon.

Jika kedua-dua matawang ini mengukuh, pasaran pertukaran matawang dijangka akan bergerak sideway tanpa mengubah atau meneruskan trend. Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, pastikan analisis anda bertepatan dengan fundemental supaya anda dapat melihat pasaran pada jangka masa yang lebih panjang serta dapat kawal risiko dagangan menggunakan analisis teknikal.

  • Pasaran Saham Ekuiti

Berikut adalah pergerakan indeks saham utama Asia setakat jam 9.15 pagi

Nikkei 225 (Jepun) : +0.18%
KOSPI (Korea Selatan) : +0.90%
ASX 200 (Australia) : +1.22%
DJ (New Zealand) : +0.03%

  • Pasaran Bon

Antara yang mendorong pengukuhan dolar adalah hasil bon Amerika Syarikat yang melonjak naik. Kenaikan pasaran ekuiti menjadi faktor kepada kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat dengan pelabur lebih memilih kepada aset yang lebih berisiko seperti saham dengan jangkaan Fed akan terus mengekalkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur. Berikut adalah perubahan hasil bon setakat jam 12.30 tengahhari:

US-10Y Yield : +1.48%
US-5Y Yield : +1.53%
US-30Y Yield : +0.85%

  • Pasaran Komoditi

Harga emas meneruskan trend menurun, mencari permintaan baru dalam pasaran, susut 0.49 peratus atau $6.35 kepada $1.278.51 per auns, menghampiri paras support signifikan pada $1,270/60

Tiada pergerakan yang besar pada pasaran minyak WTI & Brent dan harga kekal di atas $50. Para pelabur masih optimis dengan pasaran yang sedang ke arah keseimbangan walaupun ada sebahagian mereka bimbang dengan lebihan pengeluaran minyak US yang didorong oleh peningkatan operasi penggalian minyak di sana berdasarkan laporan Baker Hughes  hari Jumaat yang lalu.

Minyak mentah WTI: -0.10%
Minyak Brent: -0.11%

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat