Sentimen Ekonomi Jerman Lemah, EUR/USD Kekalkan Penurunan Sejak Awal Februari

459

Matawang dolar Euro menunjukkan kenaikan harga pada sesi Eropah dengan pergerakan yang lemah ekoran sentimen ekonomi Eropah dilihat memberi tekanan terhadap matawang tersebut.

Tumpuan terarah pada bacaan awal data pertumbuhan GDP di Jerman untuk suku keempat 2019 yang mencatatkan pertumbuhan sifar, menurun dari bacaan suku sebelumnya.

Sektor perindustrian Jeman kekal lemah dan sebagai ekonomi terbesar zon Eropah, pandangan pelabur lebih pesimis terhadap blok perdagangan tersebut.

Berbanding US dolar, matawang Euro telah menurun ke paras lebih rendah mencatatkan paras terendah harga pada carta EUR/USD mencecah paras support 1.08300. Paras tersebut juga adalah terendah sejak dagangan April 2017 yang lalu.

Penurunan pada carta EUR/USD juga turut didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat yang kukuh ke paras tertinggi sejak Oktober 2018, di mana indeks harga pengguna (CPI) pada Januari meningkat kepada 2.5%.

Penurunan harga telah mencatatkan sekitar 270 pips sejak awal Februari dengan pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan trend kekal bearish.

Pelabur menantikan bacaan data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan Januari yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini dan bakal mempengaruhi dagangan US dolar.

Jika data diterbitkan kukuh, harga bakal ditekan ke paras lebih rendah melepasi zon support 1.08300 yang diuji pada sesi Asia pagi ini. Penurunan akan terus mencatatkan paras terendah terbaru pada carta EUR/USD.

Harga yang membuat kenaikan berkemungkinan akan menguji halangan dinamik MA50 sebelum meneruskan siri penurunan harga semula.

Namun jika kenaikan berjaya melepasi paras 1.08800, harga boleh mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar zon minor SBR (support become resistance) sekitar 1.09500.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat