Sentimen Ekonomi Zon Eropah Semakin Malap!

407

Sentimen ekonomi zon eropah jatuh untuk pertama kalinya dalam tujuh bulan pada bulan November berikutan gelombang kedua Covid-19 melanda benua eropah. Penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan telah memberi kesan hampir kesemua sektor ekonomi kemudian ditambah pula dengan langkah pergerakan kawalan.

Tinjauan bulanan oleh Surhanjaya Eropah mendapati sentimen 19 negara dalam Kesatuan Eropah menunjukkan bacaan yang kurang memberangsangkan iaitu jatuh ke paras bacaan 87.6 mata berbanding bacaan pada bulan Oktober pada 91.1 mata.

Tinjauan ini kebiasaanya dilakukan pada dua hingga tiga minggu pertama bulan yang memberi indikasi ‘mood’ atau sentimen pasaran ketika langkah pergerakan kawalan diumumkan di beberapa negara termasuk negara dua ekonomi terbesar zon Eropah iaitu Jerman dan Perancis.

Kejatuhan ini adalah kejatuhan pertama secara mendadak selepas berjaya mencatat pemulihan dari bulan Mei sehingga Oktober.

Sentimen dalam kalangan pengguna jatuh ke paras -17.6 pada bulan November dari -15.5 mata pada bulan Oktober. Sentimen industri pula jatuh kepada -10.1 daripada -9.2 mata.

Akhir sekali, jangkaan inflasi dalam industri menurun kepada 0.2 mata dari 0.7 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat