Sentimen GBP Pulih Menjelang Ucapan PM May Di Parlimen Hari Ini

80
  • Pasaran Forex

Hari ini merupakan hari paling pasif dengan penutupan bank di Jepun, Kanada dan Amerika berikutan cuti umum. Namun begitu, terdapat dua matawang bergerak agak signifikan seperti Pound (GBP) dan Kiwi (NZD).

Dalam artikel lalu, kiwi dilihat melemah dengan jangkaan parti NZ First akan mengumumkan pilihan mereka untuk bersama parti Buruh atau Parti Nasional bagi membentuk kerajaan campuran yang memilik suara majoriti di parlimen pada minggu ini.

Pandangan NZ First dilihat hampir selari dengan parti Buruh yang akan mengubah peranan bank pusat. Jika mereka berjaya membentuk kerajaan, hal ini akan menggugat dasar fiskal yang selama ini dibawa oleh Merkel, sekali gus memberi kesan kepada matawang dan dasar monetari bank pusat New Zealand (RBNZ).

Pound pula sedikit mengukuh pada sesi Asia hari ini selepas spekulasi Perdana Menteri British, Theresa May akan dipaksa keluar daripada parti reda selepas pengubal undang-undang dalam parti Konservatif termasuk Boris Johnson, menteri luar negara diarahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang pandangan peribadi.

May dijangka akan menggunakan ucapan beliau di parlimen hari ini bagi mengesa kedua-dua pihak untuk lebih terbuka dengan rundingan Brexit. Pound akan terus mengukuh jika ucapan tersebut disokong oleh ahli parti Konservatif.

Selain itu, faktor yang akan menyokong pengukuhan pound adalah tekanan BoE untuk naikkan kadar faedah selepas inflasi dilihat meningkat lebih laju daripada jangkaan.

GBP/USD naik 40 pips kepada $1.3106 pada jam 1.50 petang.

  • Pasaran Komoditi

Penutupan pasaran Jepun menyebabkan permintaan pasaran hadapan emas sebagai salah satu instrumen safe haven melonjak naik hampir 1 peratus atau $11.65 kepada $1,286.54 per auns.

Komoditi hitam pula menunjukkan pemulihan selepas jatuh mendadak minggu lepas akibat kebimbangan pasaran terhadap kesan taufan Nate keatas industri minyak US.

Minyak mentah WTI: +0.39%
Minyak Brent: +0.20%

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat