Sentimen & Jangkaan Pasaran yang Anda Perlu Tahu Sebelum News NFP Malam Ini

70

US dolar berada dalam tren penguatan berbanding matawang utama dunia sejak pilihanraya presiden 8 November lepas. Hal ini disebabkan sentimen positif kepada dasar ekonomi Trump yang dilihat sebagai pro kepada pertumbuhan ekonomi.

Dengan jangkaan kenaikan kadar yang telah bergerak di dalam pasaran (priced-in), untuk memberikan momentum baru kepada pasaran malam ini memerlukan data yang begitu tinggi untuk menolak US dolar lebih tinggi.

Pada masa yang sama, data NFP yang lemah akan mengganggu perancangan The Fed dalam mesyuarat bulan ini dan jika berlaku kejatuhan USD yang agak besar akan memberikan peluang untuk membeli USD di paras harga yang lebih murah. Potensi kejatuhan besar USD mungkin berlaku dalam julat data (110,000-135,000) dan harus diingat jika hal ini berlaku, ia mungkin hanya sementara berikutan tekanan correction kepada USD.

Jangkaan penganalisis kepada data NFP malam ini ialah 165,000 dengan tiada perubahan dalam kadar pengangguran dan peningkatan dalam upah per/jam sebanyak 0.2%. Fokus kepada data NFP malam ini adalah, sama ada data mengganggu perancangan The Fed menaikkan kadar atau pun tidak.

Kejatuhan data yang terlalu rendah akan menjadi halangan besar kepada kenaikan kadar. Pada masa ini FOMC berpendapat peningkatan gunatenaga di sekitar 120,000 mencukupi untuk mengekalkan kadar pengangguran yang stabil.

Sebarang data di sekitar 120,000 akan mengecewakan pasaran dan The Fed tetapi tidak akan mengganggu perancangan pada mesyuarat bulan ini. Walau bagaimanapun, bacaan di bawah 100,000 akan memberikan lebih keraguan kepada pasaran tetapi mungkin tidak akan mengubah fikiran The Fed selagi kadar pengangguran tidak meningkat secara mendadak.

Selain itu, bacaan data yang lemah akan memberikan kebimbangan kepada prospek ekonomi pada tahun 2017. Kenaikan kadar yang lebih banyak tahun hadapan mungkin tidak akan berlaku yang mana menunjukkan risiko dalam jangka masa panjang kepada US dolar dan hasil bon kerajaan US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat