Sentimen Kembali Pulih Susulan China Tampil Kenyataan Positif Rundingan Dagang

385

Sesi pasaran Eropah menyaksikan perubahan sentimen yang kembali pulih berikutan laporan China memaklumkan mereka masih berhubung bersama Amerika Syarikat untuk membincangkan berkenaan rundingan pada September ini.

Dengan itu dapat dilihat matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand kembali mengukuh pada sesi pasaran Eropah. Turut mengukuh dagangan dolar Kanada ekoran ketegangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang kembali reda memulihkan kembali kestabilan pasaran minyak mentah.

Pengukuhan tersebut kembali menutup kerugian matawang komoditi pada sesi dagangan Asia pagi ini.

Sementara dagangan safe-haven Yen dan Swiss franc melemah berikutan pengurangan permintaan matawang tersebut dalam suasana pasaran yang kembali pulih mendorong aliran pelaburan ke arah aset berisiko.

Dagangan matawang Eropah pula dilihat kekal perlahan dengan ekoran faktor ketidaktentuan politik yang melanda.

Pound Sterling masih dibebani risiko kebimbangan terhadap situasi Brexit tanpa perjanjian bersama Kesatuan Eropah susulan langkah penutupan Parlimen selama 5 minggu yang dicadangkan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson telah diperkenan oleh Ratu Britain secara rasmi.

Sementara dagangan dolar Euro masih belum mendapat rentak pengukuhan dengan status politik di Itali. Presiden Itali Sergio Mattarella menyerahkan mandat kepada Giuseppe Conte untuk membentuk kerajaan yang baru bagi memimpin gabungan Gerakan Bintang Lima dan Parti Demokratik.

Conte memberi komen di atas pembentukan kerajaan baru bahawa kerajaan akan memastikan kerja-kerja untuk pembentangan bajet 2020 dilaksanakan dengan segera.

Diteliti pada data ekonomi pula, kadar pengangguran di Jerman meningkat kepada 43,900 pada Ogos menjadikan jumlah individu yang menganggur kepada 2.319 juta orang, paras tertinggi yang dicatatkan sejak Februari 2019.

Dagangan emas yang turut menguji paras ketinggian 6 tahun pada dagangan sesi hari ini kembali mencatatkan penurunan pada sesi Eropah ekoran perubahan sentimen pasaran yang kembali dilihat pulih.

Terus pantau perkembangan rundingan dagang AS-China yang memberi impak sensitif terhadap pasaran dan kawal dagangan sebaiknya dengan sentimen pasaran yang tidak menentu.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat