Sentimen Komoditi Hitam Semakin Lemah, Harga WTI & Brent Jatuh Mendadak

77

Harga minyak semakin menyusut pada hari Rabu disebabkan oleh kebimbangan pasaran dengan harga yang meningkat tinggi pada suku tahun ketiga lalu tidak akan bertahan sehingga akhir tahun ini.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) susut 0.79% atau 40 sen kepada $50.02, menghampiri paras sokongan paling signifikan $50. Minyak Brent yang menjadi penanda aras harga minyak antarabangsa juga susut sebanyak 38 sen atau 0.68% kepada $55.62 setakat jam 12 tengahhari.

Kebanyakkan pelabur mengatakan kejatuhan ini disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap harga minyak Brent yang naik terlalu tinggi pada akhir suku tahun ketiga bulan September.

Ole Hansen, ketua strategi komoditi di Saxo Bank Denmark menjelaskan pandangan bagi unjuran suku tahunan dengan berkata, “Fundemental mungkin belum kukuh sepenuhnya untuk menyokong peningkatan harga, terutamanya komoditi yang bergantung kepada pertumbuhan seperti minyak”.

Penganalisis mengatakan bahawa keseimbangan pasaran kini benar-benar berada di landasan dengan maksud permintaan tidak lagi kurang daripada penawaran.

Pengimbangan semula pasaran ini adalah hasil daripada permintaan yang meningkat dan juga usaha yang diketuai oleh OPEC untuk mengurangkan pengeluaran mereka sekitar 1.8 juta tong sehari (bdp) pada awal tahun ini sehingga Mac 2018.

“Kadar pematuhan syarat pemotongan OPEC melebihi 100 peratus pada bulan Ogos (bermaksud purata pengeluaran minyak setiap ahli kurang daripada had maksimum yang ditetapkan), dan juga bekalan minyak US yang telah jatuh sejak beberapa bulan yang lalu”, kata penganalisis pelaburan Rivkin Sekuriti, William O’Loughlin.

Namun begitu antara faktor yang menghalang kenaikan ketika ini adalah hasil pengeluaran minyak di Amerika yang tidak terlibat dalam perjanjian semakin meningkat. Pengeluaran US mencapai 9.55 juta bdp pada akhir September, paras tertinggi sejak Julai 2017, menghampiri paras tertinggi 9.61 bdp yang dicapai pada Jun 2015.

“Disebabkan oleh pengeluaran minyak US yang melonjak, lanjutan tempoh perjanjian pemotongan melebihi Mac 2018 diperlukan bagi menyokong pasaran minyak”, jelas Ole Hensen lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat