Sentimen Matawang USD/CAD: Harga Minyak Mentah & Trump-Protectionism

79

Dolar Kanada memulakan minggu ini dengan kerugian di mana ketika ini USD/CAD telah merekod kenaikan 75 pip dari paras terendah hari ini. Dari segi data-data ekonomi, tiada laporan penting dari Kanada dan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan minggu ini.

Walaupun dengan situasi ekonomi US yang kekal baik, tetapi data tumpuan The Fed iaitu inflasi masih lemah. Inflasi US minggu lalu merekod bacaan yang kurang daripada jangkaan, tetapi masih meningkat dari bacaan sebelum itu.

Harga pengguna (CPI) naik 0.5% berbanding jangkaan pasaran 0.6%, manakala data inlasi-teras (Core-CPI) naik 0.1% kurang daripada jangkaan 0.2%. Dengan inflasi sebagai data tumpuan bank pusat, pemain pasaran masih berhati-hati dengan kadar inflasi semasa.

Pada Isnin, tentera Iraq menyerang tentera Kurdish dekat Kirkuk di mana kerajaan Iraq cuba untuk menguasai wilayah yang kaya dengan hasil minyak itu. Ketegangan antara kedua-dua pihak ini telah tercetus sejak September di mana Kurdish mengadakan referendum kemerdekaan yang menunjukkan pengundi memilih untuk merdeka.

Jika tindakan dari Iraq terhadap Kurdish semakin keras, harga minyak mentah dunia akan meneruskan kenaikan yang seterusnya menyokong dolar Kanada.

Sejak dari beberapa jam lepas juga terdapat kejatuhan dalam hasil-bon 10 tahun Kanada yang seakan selari dengan kenaikan USD/CAD.

Sifat Trump yang terlalu melindungi ekonomi US (protectionist) berkemungkinan akan memberi risiko ekonomi kepada Mexico dan Kanada. Sejak dari tahun lalu, Trump telah menyatakan perjanjian NAFTA hanya merugikan US dan berjanji untuk merundingkan perkara itu semula.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau juga telah mengatakan beliau mahu mendapatkan senario ‘menang-menang’ untuk ketiga-tiga negara. Walaubagaimanapun, rundingan semula NAFTA tidak berjalan dengan begitu baik dan Trump juga pernah mengatakan dia akan membatalkan rundingan itu bagi membuat perjanjian baru dengan Kanada.

Kurangnya kemajuan dalam rundingan ini telah menyebabkan peso Mexico jatuh ke paras rendah, dan jika rundingan ini berakhir dengan buruk, dolar Kanada juga berpotensi untuk jatuh lebih banyak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat