Sentimen Matawang Utama : US Dolar Mengukuh Didorong Perlebanjaan Pengguna Yang Kukuh!

302

Matawang US dolar mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 1 bulan ini pada awal dagangan hari Jumaat berikutan terdapat tanda-tanda bahawa perang dagang AS-China yang semakin reda.

Matawang US dolar menunjukkan pengukuhan berbanding matawang safe haven seperti Swiss Franc, dimana terdapat laporan yang menunjukkan Swiss National Bank secara diam-diam campur tangan bagi menangkis kesan aliran masuk oleh para pelabur berikutan isu perang dagang AS-China.

Selain itu, pengukuhan US dolar juga didorong oleh data yang positif dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Laporan terkini yang dikeluarkan menunjukkan perbelanjaan pengguna AS meningkat dengan kukuh pada bulan Julai walaupun ekonomi bertumbuh dengan perlahan. Perbelanjaan pengguna meningkat sebanyak 0.6% pada bulan lepas mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 0.5% sahaja.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.01% pada paras 98.465 setakat jam 10.50 p.m. Naik 0.1% daripada bacaan hari Khamis. Walaubagaimanapun, pergerakannya sedikit terhambat kerana kejatuhan sentimen pengguna pada bulan Ogos.

Disisi lain, matawang Euro menyusut berbanding US dolar dengan penyusutan sebanyak 0.2% kepada 1.1034.

Pergerakan matawang Euro terhambat susulan komen Christine Lagarde yang memberi indikasi bahawa akan ada perubahan segera dalam arah tuju polisi apabila beliau  menggantikan Mario Draghi pada November nanti.

Matawang pound didagangkan lemah pada awal dagangan dan mula mengukuh pada ketika ini setakat jam 11.00 p.m. Pergerakan matawang pound telah dihimpit dengan tindakan Boris Johnson yang mengambil keputusan untuk menangguhkan parlimen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat