Sentimen Menyokong Dagangan Komoditi, AUD/USD Turut Meningkat

548

Jangkaan untuk pemulihan ekonomi global yang mendorong sentimen positif pasaran telah memberi kelebihan kepada mata wang komoditi kembali didagangkan meningkat semula.

Pelabur menyaksikan lonjakan semula dolar New Zealand dan dolar Australia pada sesi Eropah semalam selepas bergerak lemah pada sesi Asia sebelumnya.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD semalam, harga yang turun ke paras 0.75300 kembali membuat kenaikan semula sehingga ke paras sekitar 0.76200.

Kenaikan harga yang telah melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Selain itu, penyusutan ketara US dolar disebabkan oleh penurunan hasil bon AS turut menyokong kenaikan harian sehingga 80 pips tersebut semalam.

Momentum kenaikan harga perlahan pada dagangan Jumaat sementara pelabur berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP AS sementara kebanyakan bank-bank ditutup sempena sambutan Good Friday.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) 0.76500 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju ke zon 0.77500 seterusnya ke zon resistance 0.78000.

Sekiranya harga membuat penurunan semula, paras 0.75700 akan menjadi paras awal sokongan harga. Seterusnya, paras support 0.75300 yang dicecah harga semalam akan kembali diuji.

Penurunan harga akan dijangkakan jika laporan data NFP AS diterbitkan kukuh dan kembali mengukuhkan semula dagangan US dolar dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat