Sentimen & News Usd/Jpy Pada Minggu Ke-Empat 2017

29

Usd/Jpy bergerak secara volatile (turun-naik) pada minggu lalu dengan julat pergerakan 305 pip. Pada Isnin tiada news impak tinggi yang akan dikeluarkan, dengan cuti umum di US hari ini.

Komen Trump minggu lalu yang mengatakan ‘US dolar terlalu kuat’, menyebabkan matawang ini jatuh berbanding Yen pada Selasa sehingga menghampiri 112.60. Sememangnya nilai matawang yang tinggi adalah meyukarkan US untuk bersaing dalam perdagangan terutamanya dengan China. Nilai US yang tinggi dan semakin menguat menyebabkan harga barangan US menjadi mahal dan menyebabkan pedagang memilih China kerana harga barang yang lebih murah.

Walaupun begitu, Janet Yellen telah membantu US dolar untuk mengukuh semula dengan keyakinannya terhadap ekonomi semasa di US. Beliau mengatakan, “Adalah berisiko dan tidak bijak jika kita membiarkan ekonomi terus beroperasi sehingga panas”. Tambahnya lagi, mereka tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menaikkan kadar kerana akan ada risiko kepada ekonomi.

Keyakinan Yellen kepada ekonomi US ini telah membawa Usd/Jpy sehingga ke paras 115.00 yang juga merupakan paras resistance. Walaupun begitu, ia gagal ditembusi berikutan pasaran masih menunggu isyarat yang lebih jelas dari Trump pada Jumaat dan ia berkahir dengan kekecewaan dengan tiada komen tentang polisi fiskal secara spesifik.

Minggu ini, pasaran akan terus memberi tumpuan kepada sebarang komen dari pentadbiran Trump terutamanya polisi ekonomi beliau. Selain dasar fiskal, pasaran juga akan memberi tumpuan kepada pendirian Trump terhadap China.

Jepun pula akan terus memberi tumpuan kepada dasar perdagangan US kerana polisi ‘protectionism’ Trump juga mampu memberi kesan negatif kepada sektor eksport Jepun.

News dari Jepun yang akan dikeluarkan minggu ini ialah:

  • Data aktiviti perindustrian, Isnin 12.30 tengah hari
  • Data PMI sektor pembuatan, Sleasa 8.30 pagi
  • Data imbangan perdagangan (trade balance), Rabu, 7.50 pagi
  • Data harga pengguna(Tokyo CPI), Jumaat, 7.30 pagi
  • Data harga pengguna Jepun (National CPI), Jumaat 7.30 pagi
  • Data Core-CPI BoJ, Jumaat 1 petang

News dari US pula adalah seperti berikut:

  • Komen dari Presiden Trump (Sepanjang Minggu)
  • Inventori Minyak Mentah US : 25 Januari 2017 (Rabu, 11.00pm)
  • Data Tuntutan Pengangguran US : 26 Januari 2017 (Khamis, 9.30pm)
  • Data KDNK US : 27 Januari 2017 (Jumaat, 9.30pm)
  • Data Durable goods US: Jumaat, 9.30 malam
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat