Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd Minggu Ini (9-13 Disember)

51

Ketidaktentuan politik terus mendominasi sentimen pergerakan US dolar sejak tahun baru 2017 dengan Trump yang akan menggantikan Obama pada 20 Januari ini. Sebelum ini US dolar menguat sejak kemenangan Trump dalam pilihanraya lepas dengan kepercayaan pasaran kepada retorik beliau yang akan melipatgandakan pertumbuhan ekonomi US, suntikan perbelanjaan kerajaan sehingga 1 Trilion US dolar dan pemotongan cukai korporat sehingga 15%. Hal inilah yang menyebabkan US dolar menguat berbanding majoriti matawang global sejak bulan November dan tidak lupa juga kenaikan kadar oleh The Fed dalam mesyuarat FOMC yang lalu.

Ketika ini perkara sebaliknya pula berlaku sejak permulaan tahun baru, dengan US dolar melemah berbanding majoriti matawang utama dunia terutamanya Eur/Usd. Pasaran sedang menunggu maklumat yang lebih jelas dari Donald Trump setelah kemasukannnya ke White House.

Minggu lalu, minit mesyuarat FOMC juga diselubungi dengan ketidaktentuan pentadbiran baru US. Isi penting mesyuarat banyak membincangkan tentang upside risk kepada peningkatan ekonomi US yang disebabkan oleh polisi fiskal dan polisi-polisi baru oleh Trump.

Disebabkan ketidaktentuan dari laporan minit mesyuarat FOMC, US dolar melemah dengan Eur/Usd naik hampir 160 pip sehingga penutupan sesi Khamis.

Jumaat pula pasaran diserikan dengan laporan data NFP yang merekodkan peningkatan dalam purata gaji. Walaupun tambahan jumlah pekerjaan semakin kurang, US dolar terus menguat dengan andaian pasaran buruh masih stabil walaupun kadar pengangguran naik kepada 4.7%.

Untuk dagangan Eur/Usd minggu ini, pasaran akan memberi perhatian kepada laporan data berikut:

  1. Stok minyak EIA (Crude Oil Inventories) Rabu 11.30 malam
  2. Tuntutan insurans pengangguran (Unemployment Claims) Khamis 9.30 malam
  3. Ucapan Janet Yellan, Jumaat 8.30 pagi
  4. Data jualan runcit US, Jumaat 9.30 malam
  5. Indeks keyakinan pengguna US, Jumaat 11 malam

Dengan kalendar ekonomi yang kurang signifikan pada minggu ini, pergerakan Eur/Usd dijangka stabil dengan kurangnya turun-naik (volatility) berbanding minggu lalu.

Walaubagaimanapun, dengan perubahan data yang besar dan signifikan mampu menggerakkan Eur/Usd dalam julat besar. Beri perhatian juga kepada ucapan Janet Yellen pada Jumaat, jika terdapat sebarang isyarat kepada polisi monetari semasa dan di masa hadapan.

Data jualan runcit US dan indeks keyakinan pengguna yang positif akan memberikan tekanan positif kepada inflasi di US yang wajar diambil perhatian oleh The Fed. Kenaikan inflasi akan memberi isyarat kenaikan kadar yang lebih pantas pada tahun ini yang akan menguatkan US dolar secara berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat