Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Usd/Jpy Minggu Ini (9-13 Disember)

39

Usd/Jpy bergerak dalam keadaan volatile (turun-naik) pada minggu lalu selepas mencapai paras tertinggi Disember di 118.67. Pada awalnya pasangan matawang ini menguat pada Isnin dan Selasa sebelum membuat pullback dari paras tertinggi tersebut.

Dalam time-frame weekly, Usd/Jpy membentuk candle ‘doji’ dengan julat pergerakan 354 pip pada minggu lalu yang menunjukkan pergerakan yang begitu volatile dalam tempoh tersebut. Pergerakan ini disebabkan ketidaktentuan politik di US ketika ini yang diterjemahkan dalam minit mesyuarat FOMC dan juga data NFP pada Jumaat.

Pada awal minggu lalu Yen menguat berbanding US dolar pada Isnin dan Selasa dan diakhiri dengan pullback dari paras 118.67, sehinggalah laporan minit mesyuarat diumumkan pada pagi Khamis yang melemahkan US dolar berikutan pendapat FOMC tentang ketidaktentuan dalam ekonomi US oleh polisi ekonomi Trump.

Disebabkan minit mesyuarat tersebut, harga berjaya menembusi support di paras terendah dua minggu lalu di 116.02. Walaubagaimanapun, laporan data NFP Jumaat menguatkan US dolar semula dengan bacaan purata gaji yang meningkat dalam pasaran pekerjaan US, sehingga menembusi SBR (support become resistance) di 116.02, walaupun tambahan pekerjaan berkurangan sehingga hampir 50,000 berbanding bulan sebelum. Hal ini disebabkan pasaran beranggapan pasaran pekerjaan masih stabil walaupun kadar penagngguran naik 0.1%.

Minggu ini Usd/Jpy dijangka akan digerakkan oleh data-data berikut:

  1. Stok minyak EIA (Crude Oil Inventories) Rabu 11.30 malam
  2. Tuntutan insurans pengangguran (Unemployment Claims) Khamis 9.30 malam
  3. Ucapan Janet Yellan, Jumaat 8.30 pagi
  4. Data jualan runcit US, Jumaat 9.30 malam
  5. Indeks keyakinan pengguna US, Jumaat 11 malam

Jika dilihat di time-frame Weekly Usd/Jpy membuat rally kenaikan yang begitu kuat sejak pilihanraya presiden sehingga bula lalu sebelum membuat pembetulan harga (correction) pada dua minggu terakhir Disember. Terdapat tanda-tanda US dolar kehilangan momentum dari segi teknikal berikutan penutupan akaun dagangan sebelum Krismas dan menjelang tahun baru 2017.

Walaubagaimanapun, dengan fundamental (asas) ekonomi US yang kukuh ketika ini, US dolar masih cenderung untuk menguat. Pasaran ketika ini masih menunggu maklumat yang lebih jelas dari Trump pada 20 Januari ini, sama ada beliau akan mengotakan janji-janjinya dalam kempen pilihanraya sebelum ini.

Dalam ekonomi Jepun pula, kerajaan Jepun lebih memilih kepada nilai Yen yang rendah untuk melindungi syarikat tempatan dalam perdagangan global. Laporan sebelum ini menyatakan, nilai Yen hendaklah memberikan kelebihan kepada syarikat Jepun untuk terus bersaing dengan negara jiran seperti China dan Korea Selatan.

Terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi global, apabila sektor pembuatan Jepun mencatatkan kenaikan selama empat bulan berturut-turut pada Disember.

Jepun merekodkan pertumbuhan yang kukuh dalam pengeluaran dan tempahan baru walaupun kos inflasi semakin meningkat. Keadaan operasi juga semakin baik dan meningkat ke tahap tertinggi sejak Disember 2015.

Bulan lalu, tinjauan Tankan (Tankan survey) juga mencatatkan peningkatan dalam sektor pembuatan domestik. Peningkatan dalam data ini adalah yang pertama sejak enam suku tahunan yang lalu dan mencapai paras tertinggi tahun ini.

Akhir sekali, dalam masa terdekat pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan data impak tinggi dari US seperti yang ditunjukkan di atas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat