Sentimen Pasaran Berisiko – Trump Tingkatkan Lagi Tarif Ke Atas Barangan China!

296

Dagangan minggu terakhir untuk bulan Ogos dimulakan dengan sentimen pasaran yang berisiko dipandu oleh faktor utama iaitu isu perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kembali tegang.

Jumaat minggu lalu, China telah mengumumkan tarif terbaru terhadap barangan Amerika Syarikat sebelum Presiden AS Donald Trump memberi reaksi tindak balas yang lebih agresif.

Donald Trump telah mengumumkan bermula 1 Oktober tahun ini, barangan import dari China yang bernilai $250 bilion yang dikenakan cukai sebanyak 25% buat masa ini, akan dinaikkan kepada 30%, sementara baki $300 bilion barangan akan dikenakan cukai 15% bermula 1 September.

Pengenaan tarif berjumlah $550 bilion tersebut diberi amaran oleh China untuk dihentikan. Menteri Perdagangan China yang meminta Amerika Syarikat supaya tidak menyalah ertikan situasi supaya tidak membuat tindakan yang salah atau bakal berdepan akibat buruk.

Susulan pengumuman Trump tersebut, dagangan dolar AS menjunam mencatatkan penurunan ketara berbanding matawang utama lain pada carta harga. Hasil pulangan bon 2 tahun AS turut mencecah paras terendah sejak September 2017 sementara hasil pulangan bon 10 tahun mencecah paras terendah 3 tahun.

Ketegangan hubungan dagang yang meningkat antara dua ekonomi gergasi dunia tersebut turut memberi kesan terhadap harga minyak mentah yang menurun ekoran permintaan yang bakal merosot.

Sementara, matawang safe-haven Yen melonjak pada penghujung dagangan Jumaat dan menyambung momentum pengukuhan pada pembukaan sesi Asia minggu ini.

Matawang Switzerland Swiss franc dan emas antara aset lain yang turut mendapat kelebihan dalam sentimen berisiko pasaran dengan dagangan emas mencatat paras tertinggi sejak April 2013 pada pembukaan sesi Asia hari ini.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat